Assalamualaikum. (Tlg hide fb saya) tq admin.. Saya terpanggil nak share apa yang berlaku pada saya baru je 30minit yang lalu. Situasi Saya perasan(tabung jernih) yang tabung anak kurang duit. So saya buka dan periksa yang smua duit anak dah lesap. Saya tanya suami adakah dia amik? (sebelum ni dia pernah amik .. malah duit saya pon lebih 10k dia pernah amik, tanpa saya sedar (kes 2017) ok abaikan pasai tu sebab sekarang ni saya nak cerita pasal terjadi tadi Dia nafikan. Katanya tak amik. Sebab sekarang ni kalau dia tak ade duit dia akan minta saya. So dia bagi alasan tu kata dia dah tak amik. Pastu saya kata kalau amik mengaku ja.. cuma jangan menipu..
Dia berkeras kata tak amik.. dan saya kata sapa yang amik.. dalam rumah tu ada saya, dia, anak sulong 11 tahun, anak 3 tqhun dan anak setahun.. tak kan diorang yang amik. Sedangkan tabung tu saya nyorok letak atas almari. Disebabkan dia geram ke apa ke enntah tak tau dia, dia terus belasah saya.Tolak saya. Tendang paha saya. Yer saya bukan isteri yang baik. Saya pun bangun dan jerit2 dia pukul saya Sampai saya terkulai sakit ya amat Dia sepak muka saya berdensing telinga Ada air kuar tapi bukan darah Sampai sekarang rasa macam berdensing ja.
Berkali2 dia sepak teranjang saya, walhal saya suruh dia mengaku je.. kalau amik tak ape, saya bukan nak besarkan hal ni cuma saya nak tengok dia jujur. Sebab dia janji dah masa kantoi amik duit dulu, dia kata tak nak buat dah. Saya hanya nak tengok kejujuran dia. Tapi yang saya dapat pukulan dari dia. Memang saya tak jangka sebab dia bukan jenis macam tu dulunya. Selepas ptengkaran tu, saya kata keluar daru rumqh pastu dia kata bulan ni dia bayar rumah so dia akan dok sini, dan dia suruh saya keluar dari rumah. (Hahhaha lawak kan)
Mula2 saya macam tak nak keluar sebab fikir ada anak kecik menyusu. Pastu dia kata anak2 dia boleh jaga. Dan dia suruh saya keluar sebab dia akan stay. Saya pon kemas la beg dan minta kunci kete dan keluar. Dia pon buat duno ja (saya ingat kot la dia nak pujuk kata tak kesian anak watever, tapi dia buat tak tau ja, siap amik barang2 dia dalam kereta dan kuarkan. Saya pun staat kereta dan blah.. sempat saya 2 orang anak saya. Yang sulong tak sempat sebab dia sekolah. Terngiangia suata 2 ora g anak saya menangis. So skrg ni, what should i do? Tada dia ada kata dia suruh saya pergi pejabat agama bagai. Saya tak kata apa pon. Dia je dok kata pergi pejabat agama, dapat surat dia boleh jumpa di mahkamah bagai.. (saya macam.. haaa?? Blurr)
Jujurnya saya dah sangat2 makan hati.. tawar hati.. tapi bila fikir anak dan family, saya telan dan hadap balik dia. Memang saya akui kadang tu saya garang.. suka tinggi suara (dari kecik saya cakap jnis jerit2, memang family saya begitu, so memang tak reti nak cakap lembut2,(suara ja kuat tapi bukan cakap bukan2 tau) Boleh korang bagi pendapat tak? Harap jangan la kecam.. saya dah dalam dilemma. Saya lak tak ade kawan sangat.. memang hidup saya dengan dia, anak2, bisnes kecil2 kecilan dan family ja..
Kawan rapat2 ada tapi dok jauh.. segan nak minta tolong. Ni pon saya taip sambil park kete tepi jalan. Harap tak ade la benda buruk terjadi pada saya. Apa2pon saya doakan kalian semua tak lalui nasib macam saya. Moga rumahtangga pengikut2 KRT bahagia selalu dan di berkati olehNya. Aminn




