Kisah masalah rumahtangga saya bermula tatkala saya dipertanggungjawabkan untuk menjaga ibu yang sakit di kampung disebabkan adik beradik lain bekerja dan saya suri rumah. tidak sampai 1 tahun masalah timbul satu persatu tapi suami pandai menabur janji dan merasuah dengan membeli kami cenderahati serta membawa kami pergi bercuti jadi saya tak syak apa-apa walaupun hati ini sering curiga apatah lagi handphone dikenakan kata kunci. suami pun berubah sikap dari sering bergurau senda beramah mesra jadi seorang pendiam dan tak hiraukan hal anak-anak tak seperti dulu. dia sangat leka dengan handphonenya sahaja..kisah bermula selepaa balik rumah kami die memberi saya borang kebenaran poligami. saya tak setuju kerana bakal isteri yang ingin dijahwini itu seorang janda dan mempunyai 2orang anak. begitu juga saya mempunyai 2 orang anak. dengan keadaan ekonomi kami yang tak berapa stabil saya memang tidak bersetuju.
Saya juga mempunyai anak-anak yang masih kecil masih perlukan kasih sayang seorang ayah. tapi malangnya mereka berdua telah menjalinkan hubungan sejak saya tiada di rumah lagi sehinggakan jiran memberitahu mereka kerap berdua di rumah kami. janda yang merangkap orang ketiga itu juga adalah jiran kami, rakan sepejabat suami kami tinggal di kuates kerajaan. Nak dijadikan cerita janda seorang yang tidak tahu malu sehinggakan gambar suami bersama dia berpelukan menjadi gambar profile untuk aplikasi whatssap telegram tanpa rasa segan silu. setiap kali saya bersuara berkaitan janda suami mesti membela janda langsung tidak menjaga perasaan saya sebagai seorang isteri.
Sampaikan janda sanggup membuat laporan polis kononya saya cuba mencederakan dia padahal tidak sama sekali tapi dalam situasi itu suami masih pertahankan janda sampai sanggup menelefon dan menengking saya disebabkan janda. Sebelum ini die tidak pernah berbuat demikian. saya sudah memberi peluang untuk suami berubah namun dia mungkir janji. jadi saya ambik keputusan untuk menuntut fasakh kepada suami. walaupun dia tak nak lepaskan saya dengan alasan masih sayangkan kami & anak-anak tapi bagi saya ia hanyalah sandiwara sahaja..semoga Allah membalas perbuatan mereka..Dengan ini saya sertakan gambar mereka yang begitu mesra sedangkan ikatan mereka adalah haram.