admin. hidekan nma saya. Hari ni terasa nak meluahkn apa yang terpendam selama ini. maaf jika ada yang tak selesa..
Saya seorang suri rumah seringkali ditinggkan suami yang berkerja luar daerah. mempunyai 2 anak lelaki. Satu hari suami diarahkan untuk ke luar negeri selama sminggu. hurm dalam hati terkedu kena tinggal lg. 5 hari dia disana dia bagitau yang majikannya ingin memberi tiket flight free jika saya dan anak2 mau ke tempatnya. hati ini melonjak riang gembira terus bersiap untuk ke sana. sesampai kami anak beranak di sana kami dijemput oleh suami.
Di sisi suami ada seorang perempuan yang lebih tua darinya dan amat cantik personalitinya dan sedikit sombong. saya tidak mengesyaki apa2 dan dalam hati berfikir itu mungkin majikannya. hati ini disorok perasaan yang amat gembira kerana dapat jumpa suami sambil berjalan2 di sana. Kami tinggal di dalam sebuah apartmnt yang mempunyai 3 bilik. Rupanya perempuan tadi juga atinggal di dalam rumah yang sama cuma bilik yang berlainan. Saya masih lagi tidak mengesayaaki apa2. Esok nya bangun pagi suami dah keluar atas urusan kerja. Perempuan itu juga tiada. kami dibekalkan makanan di atas meja. Anak2 yang masih kecil ini makan makanan tersebut tanpa mengerti apa2.
Petang suami balik bersama perempuan itu dia memarahi saya kenapa makan tanpa menunggu mereka sebab tak sopan makan tanpa mereka katanya. saya tekedu dan serba salah. betul juga tak sopan. Saya minta maaf berulang kali dengan suami. suami hanya buat muka protes..Malam itu saya terjaga dari tido dan dapati suami tiada di sisi. hati saya dah tak keruan kerana mengeyasaki mungkin suami saya bersama2 perempuan itu. saya mencari di bilik nya. terserampak dengan perempuan itu di dapur sedang minum. Saya bertanyakan ada nampak suami saya tak. dia mnjwab tak. saya menacri dari satu bilik ke bilik yang lain. Alangkah tekejutnya saya mendapati suami tido dibilik lain tanpa seurat benang.hnya ditutupi selimut. saya hanya nampk dia seorang.
Dia terus bangun berdiri dengan tekejut mungkin menyangka saya tido matti dan tak sedar. Dia bgun dan berdiri sambil menutup selimut di badanya. Rupa2 nya disebelahnya ada seorang lelaki tanpa seurat benang juga ya allah ujian apa kah ini. saya menangis semahu2 nya.tak sangka suami berperangai begini. Suami terus memujuk sambil menenangkan saya. Hati saya bedebar2 macam2 dah saya fkir. nak ke doktor aje dulu dalam otak ni. suami hanya memujuk.. Saya msih didlm dilema mahu meneruskan hubungan ini atau tidak kerana memikirkan anak2 yang msih kcil dan saya tidak bekerja. Tolong bantu saya..




