Assalamualaikum warga KRT..di arap admin dpt hide profile saya nie. saya cuma nak mluahkn beban di hati. perkahwinan yang sekarang nie adalah perkahwinan yang kedua bagi saya dan juga suami. perkahwinan yang ptama sangat lah memilukan. berkahwin secara terpaksa kerana buatan sihir. Bekas suami pula penagih dadah Dan malas bekeja. di tambah menumpang di rumah bekas mtua yang ada srjarah kesihatan meroyan kerana di tinggal kan suami 1 masa dulu. Saya di dera secara fizikal Dan mental oleh mrreka sekeluarga selama 2 tahun. dan alhamdulillah mungkin Allah dengar suara hati saya.
Ada pihak yang menolong saya untuk keluar dari umah tersebut Dan bercerai. walaupun begitu trauma yang di alami menghantui saya saban ari. nak di jadi kan cerita. saya bertemu jodoh dengan suami saya yang kedua nie. duda tiada anak. orang nya tiada cacat cela di mata Dan di hati saya. cukup baik. pnyabar. pnyayang. matang. sangat sempurna sebagai suami Dan ayah krpada anak2 saya yang masih kecil. pada mula bekahwin saya bekeja. tetapi anak kedua saya ada eczema srjenis allergic kulit. jadi saya berhenti Dan fokus menjadi suri rumah sepenuh nya. Lagipun suami stabil dan mampu dari segi kewangan.
Semua keperluan Dan bil2 suami yang bayar. kebetulan suami ingin menjaga ibu nya yang sedang uzur bergilir2 dengan kakak ipar. saya terima dengan ati terbuka. Saya penah berbicara dari hati ke hati dengan suami. suami tahu kisah silam saya. saya kata pada suami andai emak adalah syurga nya. tak kan lah saya nak menhalang suami dari msuk syurga. oleh kerana suami bekerja office hour. jadi kebanyakan masa saya lah yang sntiasa menjaga dan membantu mak mertua semasa rutin asas stiap hari. dari A sampai Z. Tapi masalah nya sekarang mak mertua saya (brumur 76 tahun dan mpunyai penyakit 3 serangkai) sangat lah ‘manja’. terlalu sensitif dan terlalu cerewet pasal makanan.
Saya selalu terap kan dalam hati yang orang tua2 memang perangai macam nie. jadi saya bersabar sahaja. tetapi makin hari perangai nya makin menjadi2. saya selalu di marahi Dan di cerca akibat perkara yang remeh temeh. saya tertekan kerana mak mertua kuat makan Dan tak mahu langsung berpantang jadi mak mtua kerap sikit dan menjerit2 kesakitan di dalam rumah sampai saya segan pda jiran tetangga. takut2 orang luar ingat saya mendera mak mtua saya. mak mertua saya makan 6 kali sehari.
Agak susah juga nak menepati selera mak mtua saya. mak mentua tak kan makan makanan yang sedia ada. dia akan mintak benda yang tak ada di rumah. dan tak kqn makan makanan yang berulang2. dengan ada anak yang masih kecil agak susah saya nak keluar mencari makanan di luar setiap hari. Jadi selalu nya saya gagah kan diri juga mmasak. makin hari mak mertua jadi manja Dan tak anak urus diri sendiri sampai kan mandi pun saya kena gosok kan. jika saya lambat sampai di bilik bila dia memanggil. dia akan menjerit2. meraung2. asyik sebut psal matti jer.
Bila saya bagi ubat mak mertua tergamak cakap saya bagi racun pada dia. bila saya tertido Dan tak dengar mak mertua panggil. dia cakap saya dah meluat nak jaga dia. bila saya tak nak ikut kan sangat nafsu makan dia yang sangat tak munasabah dia cakap ini lah nasib orang tak ada laki bila dia srlalu sangat menjerit kesakitan saya buntu nak menolong. saya cakap nak bawak mak ke hospital terus mak naik angin memaki hamun saya. saya sangat tertekan. Trauma dengan brkas mak mertua dulu masih berbekas di ati.
Saya sedih sangat. kesabaran ada had nya. bila kebaikan di balas dengan tuba sakit nya Allah yang tau. Hati nie dah tawar. saya dah tak ikhlas nak menjaga nya lagi. saya dah mengadu pada suami. suami paham Dan berjanji untuk ambil alih menjaga mak selepas pulang dari kerja tapi saya kasihan pada suami. tak nak dia bersusah dalam pada masa yang sama. saya dah tak boleh pandang dah muka mak mertua saya. rasa meruap2 perasaan marah nie. Tapi sebab sayang pada suami. Saya tetap menjaga mak mettua seperti selalu. tapi keikhlasan tu dha hilang.
Macam mana yer nak reda dengan takdir? Susah nya hati nie. Sampai satu tahap saya penah berdoa supaya Allah tarik nyawa mak mertua cepat2 supaya saya tak lalui semua nie seumur idup kenapa lah pisang berbuah 2 kali. saya cuma nak bhagia tanpa rasa dendam. Dan penah juga saya berarap 1 hari nnti bila anak gadis mrningkat dewasa. Dia akan berkahwin dengan sorang lelaki yang baik tetapi yatim piatu. agar dia tak perlu bsedih dapat mak mertua sebegini.




