Salam.Tolong hide profile aku. Harini aku menangis lagi, lauk yang aku masak habis diterbalikkan ke lantai. Gara2 aku marah, duit aku dicuri. Hanya ada rm20 je dlm dompet untuk belanja sampai hujung bulan. Aku sorok pun die tu jumpa juga.
Aku aisyah, umur 28 tahun. Anak 2 orang.
Dari lepas bsalin ank ke 2, suami tak bkerja. Kalau kerja pun serupa tak kerja. Duit die habis bjudi. Rumah, susu pmpes tak pernah cukup.
Makan kami pun tak cukup sampai kami kebulur. Jadi aku ambik kputusan untk bkerja. Gaji cukup2 makan. Kerjaku ada 3 syif. Siang pengasuh jaga anak2. Malam suami tolong jaga. Itu pun kena bayar upah, rm10/20 setiap 2 hari. Duit rokok n toup tu lain. Belanja bill , rumah, semua aku tanggung. Aku kerja siang malam, tapi untuk diri sndiri memang tak ada belanja. Duit ada rm20/10 aku sorok untuk bli barang dapur selalu lesap. Bila bgaduh, kaki tangan die naik kt aku.
Balik kerja penat,rumah kotor. Pinggan mangkuk berlonggok. Lantai kotor ,anak makan bterabur die tak sapu. Tempat tidur tak pernah kemas. Begitulah setiap hari. Aku penat sgt, aku stress. Balik keje penat2 itu la yg aku hadap. Disebabkan die tak keje, aku minta die tolong jaga ank. Pengasuh hnya jaga siang, dan sabtu ahad tak jaga. Tak nak jaga malam.
Die selalu minta duit, kalau aku tak bagi. Die ugut tak nak jaga ank. kalau anak takde org jaga, aku tak boleh kerja. Bila tak kerja,gaji kena potong.
Aku tak nak kena potong gaji, jadi aku bagi juga duit kat die. Walaupun aku tak da duit, sampai kadang2 bpuasa kt tempat kerja.
Aku yatim piatu. Anak tunggal. Tak ada sapa2 kt sini. Air mata memang jadi teman aku. Kenapa aku tak bercerai?. Kalau aku cerai ,sapa nak tengok kan anak hari yang pengasuh tak jaga? Kalau tak kerja, apa kami nak makan?. Rumah, moto, ssu pmpes semua nak kena bayar bulan2. Tukar kerja lain?. Zaman sekarang bukan senang nak dapat kerja. Aku dah cuba tanya 2 kerja dekat2 rumah sini. Gajinya tak cukup untuk aku bayar rumah, bil, moto , pengasuh dan lain2.
Setiap hari, doa je yg aku pohon. Semoga aku dan anak2, dapat keluar dr masalah ni. Dan Moga Tuhan bagi die pengajaran. Sebab die tak pernah bsyukur aku tangung keluarga. Penat tu tak payah cakap la. Duit aku die curi, barang dlm rumah habis pecah, kaki tangan die naik.
Aku tawar hati dah lama. Sejak ank kedua lahir. Aku takda rasa ape dah. Hati aku kosong. Org boleh cakap cerai jela, tapi nak cerai banyak faktor yg aku fikir. Anak sape nak jaga. Nak cari pengasuh lain, bayaran mahal, aku tak mampu.
Aku hidup sorang2, dgn anak2 yg tak tahu ape2. Kawan pun aku takde. Hidup aku hanya kerja dan rumah je. Moto aku baru2 ni ada part yg patah Aku syak tu kerja die Sebab aritu aku tak bagi duit die nak pecah kan moto aku. Moto tu la aku guna nak pergi keje. Aku hairan sangat, kenapa la sekali pun die tak pernah fikir, kalau moto rosak macam mana aku nak pergi kerja. Kalau tak kerja, macam mana kami nak makan?.
Aku tak pernah harap pun dapat suami kaya. Cukup la ada suami yg tahu tanggungjawab, yang hormat isteri. Aku tak nak emas ke, duit ke. Tu je yg aku harap.
Nasib aku malang sebab salah pilih suami.
Min, ko nak tahu?.Hidup aku ni setiap hari bergaduh. Kadang2 baru balik kerja, tengah buka kasut, die dah maki hamun aku. Sebab kecik je. Kalau aku nak cerita, memang panjang n tak kan habis. Kalau anak masuk hospital, die tak pernah melawat. Die hanya hantar dan ambik je. Yang bawa anak ke hospital kalau sakit, hanya aku. Die sedap tido kat rumah. Kalau aku call suruh hantar barang2 sebab anak admit, siap la. Maki hamun aku dapat.Katanya, saja nak susah kan die. Die mmg tak kan cerai kan aku, sebab aku lubuk duit die.
Aku selalu tanya pada diri aku. Kenapa nasib aku malang sangat. Kenapa hidup aku tak pernah senang. Kenapa aku tak happy macam org lain. Aku cemburu tengok keluarga bahagia org lain. Aku cemburu tengok gurau senda suami istri lain. Min, suami aku selalu mintak duit sebab die main judi. Kalau die kalah judi,aku lah mangsa die lepas geram.
Min, kalau aku tak bagi duit. Sampai kat tempat kerja aku die datang buat kacau. Aku malu dgn custemer die buat kacau, jadi aku bagi juga duit. Sampai bila la hidup aku macam ni min. Setiap hari aku berdoa , Tuhan keluarkan aku dr masalah ni. Tuhan jauhkan kami dari die.
Aku tahu,Tuhan dengar doa2 aku. Tuhan tunggu masa yg sesuai je. Aku nak hidup dgn anak2 tanpa binatang tu.Aku benci die! Aku langsung takde prasaan kat die. Aku hilang rasa hormat pada die. Moga 1 hari nanti, kami dapat keluar dari semua ni.Aamiin




