Assalam admin KRT. Mohon share cerita aku ya min. Minta tlg hide kan profil aku.
Berdasarkan kisah sebenar aku min. Dulu aku keje PUB min, aku kaki clubbing, kaki mabuk, kaki ubat goyang dan lain2 hidup Aku terumbang ambing min sampailah aku kenal dengan husband aku. Dia datang Pub tempat aku bekerja. Aku tak tahu dia sukakan aku. Berkali kali dia ayat aku. Aku tak layan min. Sampailah akhirnya aku jatuh cinta min. Dia duda anak 3 min.
Satu hari tu, dia bawak aku balik kampung dia dekat kedah. Jumpa keluarga dia. Terus kami nikah dekat siam min. Aku tanya dia ‘kenapa kena nikah dekat siam? Kan,awak duda’. Rupa rupanya bekas isteri dan dia masih tinggal sebumbung min. Dia dah terlepas talak 3 dekat bekas isteri dia. Tapi mereka masih hidup sebagai suami isteri. Dia taknak ex wife dia tahu yang dia dah berkahwin dengan aku. Sebab tu dia bawak aku nikah dekat siam.
Aku tengok sendiri surat cerai dari mahkamah antara dia dan ex wife dia. Cume masing masing nak menyesal tak berguna. Talak 3 dah jatuh antara mereka. Aku bersyukur sebab aku bukan ambil suami orang. Lepas balik bernikah tu, kami balik kl, bermula episod aku jadi isteri persinggahan. Dia balik sekejap2 saja. Lepas tu dia balik kerumah ex wife dia dan anak2 dia tinggal.
Masa tu aku tak kisah sangat min. Aku dah biasa hidup sorang2. Aku masih keje Pub. Lepas sebulan , aku sedar aku pregnant. Aku bgthu dia. Dia happy min. Tapi kegembiraan aku tak lama min. Dia kantoi dengan aku tengah check in hotel dengan perempuan lain. Aku dah 5 bulan pregnant masa tu. Aku nampak dia keluar dari hotel tu dengan perempuan lain. Aku kejar kereta dia min.
Dia bawak kereta laju masa tu. Aku kejar naik motor. Akhirnya traffic lite merah kat depan. Dia berhenti. Aku pusing keliling kereta dia min. Aku park kat sebelah cermin penumpang. Aku nak tengok sangat sape perempuan tu. Aku memang tak sangka kawan aku min. Dia tunduk muka dia. Hati aku hancur Min. Aku tak nangis lansung masa tu. Aku terus balik rumah. Sampai rumah, aku terus text dia ‘ tolong balik skrg’ dia hanya reply ‘ 10minit dia balik’ .
Sebelom dia balik, aku nangis puas2 min. Aku duduk dlm bilik air. Aku bukak air kuat2 aku duduk bawah tu. Sampai mata aku bengkak melalak. Tak lama dia balik rumah. Aku tak marah. Aku cuma tanya dia, kenapa buat aku macam tu. Dia cakap, dia dah lama dengan kawan aku tu. Dia nak dua2. Aku dia nak. Perempuan tu pon dia nak. Aku jawab ‘ abang takkan dapat dua2. Pilih salah satu’ dia terdiam. Dia minta bagi dia masa. Dia suruh aku gugurkan kandungan aku. Allah min. Bapak jenis ape kau ni. Anak dalam perut aku dah 5bulan min. Yaa Allah. Hancur hati aku.
Bermula dari hari tu, aku dah tawar hati min. Dia pujuk aku, aku tak layan. Aku bawak zuriat dia sampai 9bulan. Aku pergi check up perut tiap2 bulan pon sendiri. Airmata aku dah kering min. Sampai lah saat paling sedih. Aku sakit nak bersalin. Tiada suami disisi. Katil sebelah2 aku, semua suami duk bagi kata semangat. Lahirlah zuriat aku min. Seorang anak lelaki. Aku secara rasminya berpisah dengan ex husband selepas aku habis berpantang.
Anak aku dah berusia hampir 12 tahun sekarang min. Tapi sekali pon ayah dia tak pernah jumpe dia. Ya Allah sungguh perit perjalanan hidup aku. Masa silam aku sangatlah menyedihkan. Aku berdoa semoga anak aku membesar dengan sempurna. Doakan ya sahabat2 KRT.
Hati aku yang cukup terluka dulu, kini bahagia dengan hidup baru. Semoga suatu hari nanti anakku dapt berjumpa ayah kandung dia. Kami telah terpisah ( lost contact) Aku dah bahagia dengan kehidupan aku skrg. Tiada dendam dihati ini.




