assalamualaikum admin. saya nak mintak pendapat orang ramai. tapi diharapkan idntiti saye tidak disiarkan. ni tentang mak saya sbgai seorang pengasuh. mak saya berumur 61 tahun. telah mnjaga seorang anak mualaf bernama zaidi (bukan nama sebenar) dari 1bulan shingga 7tahun. ibunya seorang berbangsa cine dan bapaknya islam dan berasal dari sabah. pada awalnya, ibu nya mnghantar zaidi kerumah ibu saya yang belum habis pantang lagi. Tali pusat tidak diptong dngan betul, masalah kuat menangis sehingga stiap malam ibu saya tidak dapat tidur lena utk mnjaga zaidi.
Pada ketika itu, ibu zaidi ditnggal kan suami nya yang sikap bole dikatakan tidak bertanggungjawab yang hampir seumur dngan ibu saya. manakala ibu zaidi berumur baru 20an gitu. Ibu zaidi mmpunyai masalah kewangan pada masa itu. dia meningg@lkan anaknya kepada ibu saya. Tapi dia memang ada kasi upah utk mnjaga anaknya mngikut kmampuan. kadang dia kasi 300 kadang 200 kadang 400. Rm400 tu paling banyak dia kasi lah. Ibu zaidi bekerja di shopping mall dan dia menyewa bilik berdekatan tempat kerja. Dia akan dtg melawat anaknya hanya sebulan sekali sahaja dan kadang tidak melawat.
Setelah 4tahun kami mnjaga zaidi, bapaknya tiba2 datang kembali kepada ibunya. (zaidi merupakan anak luar nikah) mereka mempunya masalah hubungan. bapa nya boleh dikatakan tidak bertnggungjawab. dia mninggalkan isterinya selepas bersalin dan dia mmpunyai 2 isteri lain dan 14 orang anak. Mereka mnjalin hubungan setelah zaidi berumur 4tahun. Tapi pada awalnya dia tidak peduli pada anaknya zaidi. taoi kami still mmjaganya seperti biasa. setelah bertahun jaga mstilah kami sudah menganggap nya seperti seorang adik.
Apabila zaidi melangkah masuk ke persekolahan ketika berumur 6tahun semua urusan dia sekolah bapak saya yang uruskan. sehingga dia naik darjah 1.
Sekrang zaidi cuti sekolah ni. tahun depan dia ingin melangkah ke darjah 2, bapaknya ingin mengambil zaidi macam itu sahaja. Memang kluarga kami tidak dapat menerima tindakan bapanya. mak saya yang mndidik zaidi dari umur sebulan shingga 7 tahun. Sekrang bapanya nak ambil macam itu sahaja. memang dia bapa kpd zaidi. tapi dia langsung tidak kasihan kan mak saya dan bapak saya. mak saya terlampau sakit sngan keadaan seperti ini. Dia ambil mula2 masa cuti sekolah ini dngan alasan nak pegi melaka utk berjalan jalan. tetapi bila dah 2minggu kami telefon maknya dia kata dia tak hantar balik.
Mak saya yang berumur 61 tahun, dia menangis siang malam sehingga jantung dia lemah kami fikir tentang sekolahnya yang tidak lama lagi nak buka. allah je tahu hati mak saya. Kami sbagai anak terlampau kesian kan mak saya. mak saya jaga zaidi tido malam bersama tidak penah jauh. sekrang dia buat macam ni dekat family saya. Minggu lepas kami ada kerumah dia kerana mak saya terlampau rindukan anak mualaf itu hanya Kami dan Allah je tahu melihat mak saya dan anak itu berpelukan menangis2 macam nak pengsan. Kami meryu utk nak menjaga zaidi itu kmbali. tetapi bapak dia enggan memberi kpd kami utk mnjaga. padahal mak saya nak mnjga tanpa upah. Dia melihat anaknya itu mnangis macam nak pengsan bapaknya memberithu lagi 2hari dia akan pulangkan zaidi kerumah kami. setelah 3hari mnunggu. saya msj kepada ibunya tetapi ibunya berkata suaminya tidak akan hantar zaidi kerumah mak saya.
(niat kami mak mnjaga anak mualaf itu, kerana dirumah nya ada bapak kepada maknya yang berbangsa cine dan rumah nya dikatakan memang macam rumah cine tempat smbhyang cine semua ada. kami takot zaidi tidak dapat didikan islam. bapanya pulak semua dokumen anak dan istri memeluk islam semua dia buat sndri)
tolong bagi kami pendapat yang positif. saya terlampau kasihan kan mak saya dan bapak saya




