Salam admin. Pinjam fb bestfriend sebab fb sendiri share dengan husband. Saya takde tempat meluah, dah lama sangat pendam. 2 tahun kahwin, ada anak sorang umur setahun. Saya kerja gaji biasa je 1k, suami pulak 4k. Dulu saya ni surirumah je, sekarang baru 3 bulan kerja. Tinggal dengan mak ayah saya. Masa sblm kerja, kitaorang tak pernah bayar sewa kt mak ayah saya, alasan suami, tak cukup duit. Barang dapur makan minum semua boleh dikatakan 80% mak ayah saya. Nafkah untuk saya pulak jarang sekali nak dpt untuk setiap bulan. Kalau dia bagi cuma rm50 saja. Itu pun disuruh saya berjimat. Nak beli barang dapur pun tak lepas, apatah lagi untuk barang keperluan diri. Nasib baik anak minum susu badan sepenuhnya. Setahun saya rasa hidup tak berguna walaupun ada suami. Dah la tu, kerja rumah saya buat, siap cuci toilet lagi masa dalam pantang.
Bila cakap pasal kerja rumah, suami akan mengamuk marah, dia kata dia penat bekerja. Saya rasa macam orang gaji sangat. Lepas tu, dapat kerja Alhamdulillah rezeki saya dan anak. Saya berhasrat dengan gaji saya yang tak seberapa tu, dpt la saya simpan untuk anak dan diri tapi tak mampu. Sebabnya hantar anak mengasuh dh rm 300, rm 200 untuk beli brg dapur, takkan nak biar mak ayah saya yang sara kami lagi. Pastu rm100 untuk mak ayah saya. Saya suruh suami bayar rm300 untuk sewa rumah mak ayah. Tu pun dia bising.
Mak ayah saya bukannya orang kaya. Sekarang bila dh kerja, suami makin susah nak bagi duit untuk beli brg dapur, dan nafkah anak bini. Sebulan sekali je dia beli brg dapur pun, itupun jarang sgt dan dia akan belanja rm100 sahaja. Bila saya bincang pasal nafkah, dia marah2 saya. Dia cakap tak cukup ke rm50. Sedih dan geram sangat bila dia cakap macam tu, rasa nak tumbuk je. Saya cakap la tak cukup sebab nak beli brg dapur dengan keperluan saya dan anak. At least bg la rm200 ke kan, terus dia melenting siap cakap la mana hadis dlm islam yang tulis nafkah untuk bini ada sekian2 harga.
Bila saya cakap zaman sekarang kan kos sara hidup kan tinggi terus dia minta hadis dalam quran atau ustaz ceramah yang cakap nafkah untuk bini perlu sekian2 harga. Saya stress sangat hidup macam ni, ikuntukan hati dan selfish nak je berpisah tapi fikirkan anak yang masih kecil dan saya masih sayangkan dia. Hari2 saya berdoa supaya dia berubah tapi Allah belum perkenanakan doa saya. Lagi satu, bila saya minta tolong buat kerja rumah contohnya buangkan sampah kt luar atau cuci toilet, dia akan cakap dia letih, penat kerja semua. Habis tu saya ni tk penat la eh, siap jaga anak lagi balik kerja, pastu masak untuk mkn malam lagi. Serious saya rasa macam orang gaji untuk dia. Stress sgt bila pikir pasal ni sampai tahap rasa nak bunuh diri !!
Selama kitaorang duduk dengan mak ayah ni, setiap kali saya minta tolong dia buangkan sampah, dia akan cakap ‘kenapa abah cacat ke nak buang sendiri!? Adik2 awak cacat ke nak buat kerja? ‘. Ya Allah sampai hati dia cakap macam tu. Saya stress sangat!!! Stress stress stress!!!! Dah la masa saya pregnant dia ada perempuan lain, masa dlm pantang pulak siap bawak perempuan tu pergi dating kt bukit bendera!!! Sampai matti saya tak akan pernah lupa dan maafkan dia. Yang dia tau kereta kereta kereta, tak habis2 dengan minat nak modified kereta, stance la kanjo la. Saya rasa nak bakar je kereta dia. Bulan2 kereta tak kena bayar sbb ats nama saya dan dh bg orang lain untuk sambung bayar. Kereta kesayangan dia tu je yang ada sbb itu bayar cash. Saya rasa macam malang sangat nasib saya dpt suami macam ni. Menyesal pun ada. Saya perlukan kata2 semangat dr korang atau cadangan apa2 je la supaya saya dpt hilangkan stress dan rasa nak bunuh diri atau idea supaya suami saya sedar diri dan berubah. Terima kasih