salam tolong hide fb akak saya.
macam mane ye nak buat kalau suami masih sayang kan ex gf yang da lbih 10thun berlalu,saya seorang isteri dah kahwin hampir 4thun dan baru lepas habis pantang anak sulung.
Dulu suami ada gf tapi kerana hal tertentu mreka berpisah sebab gf nya kahwin dengan pilihan keluarga dan suami pula kena balik kampung sejak tu mereka terpisah. 3 tahun lepas masa kami da nak kahwin suami dapat cari smula ex nya. suami saya terlalu sayang dan rindukan ex gf nya. lebih teruk lagi ex gf nya tu bagi respon dan memblas walaupun da bergelar isteri orang
suami pernah kantoi mesej lupa padam dan saya baca smua perbulan mereka betapa mereka masih saling sayang dan merindui sebab berpisah bukan kehendak mereka. hancur hati saya bila tanya pada suami Dia akui dan berjanji tak kan ulang lagi dan takkan berhubung lagi. saya bagi dia peluang sebab tahu mereka tak boleh bersama sebab ex nya tu isteri orang
masa saya bersalin, saya dapat rasakn perubahan suami saya bila saya berpantang di kampung dan dia kembali ke tempat tinggal kami. naluri saya seakan dapat tahu yang sebenar nya mreka msih berhubung. memang betul, mereka masih berhubung masih saling menyayangi. luluh hti ini bile baca ayat suami saya yang akan sentiasa merindui dan mnyayangi perempuan itu dan berharap 1 hari nanti jodoh akan jadi milik mereka berdua walau agak mustahil. suami saya sendiri yang beri ayat tu pada perempuan tu dan suami saya sendiri mengaku pada perempuan tu tak pernah sekali pun dalam hidup nya dia lupakan perempuan itu walau sudah lebih 10 tahun mereka terpisah. Andai perempuan tu bukan milik orang suami saya tetap dan sudi terima walau macam mana sekali pun ..
Apa perlu saya buat, suami sayangkan saya sebagai isteri dan rumah tangga kami tapi dalam masa yang sama dalam hidup nya dan hatinya masih tetap sayangkan seorang lagi perempuan yang bagi saya terlau istimewa dan tak kan pernah suami lupakan dari dulu hingga kini dan entah lah apa saya baca luahan hati suami saya sendiri selama-lamanya dia tetap sayangkan perempuan itu.
Hancur hati saya min, kenapa tempat itu bukan milik saya di hati suami. meski saya isteri tapi saya tak dapat jadi istimewa macam perempuan itu seumur hidup suami saya. Lebih sedih saya baca suami tunggu perempuan tu andai dia akan janda tapi bila mana perempuan tu tetap masih milik orang dan desakan keluarga lalu terjumpa dan berkenalan dan saya dia terus kahwini saya. Hal ni suami saya luahkan pada perempuan itu