assalamualaikum min…mohon hide profile saya. sebelum ni saya hanya follow je tp hr ni saya nk share sikit kisah saya. saya dan suami dah berkahwin 8 tahun dan dikurniakan 3 orang anak. Sebenarnya saya rasa suami saya masih tidak buang tabiat suka chat dengan kawan2 perempuan. Walaupun sebelum kawin dia jenis yang ramai kawan perempuan tp kitorang kawin juga. awal perkahwinan saya diuji bila suami masih contact kawan perempuan dia dengan masing2 guna nickname yang sweet.. saya sangat marah sebab dia tak berterus terang kat perempuan tu yang dia da kawin. saya call perempuan tu minta dia stop contact.
Masalah kedua muncul bila dia bersayng2 dengan rakan sekerja yang bujang. kami pjj masa tu. rupanyaaa diorang bersayang2 kt sana.. saya hanya tahu selepas lahirkan ank kedua Kami. Saya menagis2 dan dia taktahu yang saya tahu..saya contact budak tu can warning dia.. memang diorang dah stop lama dah sebab budak tu nk kawin. Dan muncul lagi bila saya lagirkan. anak ke3. bersayang2 pula dengan kerani tempat kerja. Allahuu.. saya rasa nk tampar budak tu. saya jumpa dia. menamgis2 budak tu minta maaf… suami masih taktahu lagi saya dah bersihkan taik2 dia.
Dan latest.. bersayang2 pula dengan kawan yang pjj dengan suami dia.. Tak sangka. Saya mengamuk puasa baru ni.. lepas tu ok. dia salahkn saya tak bg perhatian . dia salahkan saya beranak 2 tahun sekali. Saya buka semua cerita skandal2 dia. dia minta maaf janji dibuat lag.. saya warning kalau jadi lagi saya dah takde hati dengan dia… dan Allah Maha berkuasa… mereka berdua bersayang2 lagi batu2 ini. walaupun dua2 dah janji taknk buat. isteri orang kot. dia dah pindah to masih pjj lagi..Allah… saya memgamuk minggu lepas…saya cakap sukahati korang nk buat apae. Saya dah takde hati lansung. Jiwa saya kosong dah.
khamis minggu lepas last saya bercakap dengan suami saya sebab dia kata saya maki budak tu tak bincang dengan dia. saya sangat terpulang sebab dia nk jaga sangat maruah dia. saya cakap cukuplah saya dah faham dia lebih jaga hati budak tu. jumaat pg last saya senyum kt suami saya.. harini dah hari ke7 Kami tak bertegur.. whattsap pun Hal penting berkaitan anak saje.. saya terluka min dia tak pernah berubah. saya sedih sangat dia buat saya macam ni. saya taktahu saya boleh terima lagi ke tak.




