betul kah.. kadang2 tidak tahu itu lagi baik daripada mengetahui sesuatu yang sangat berat untuk diterima. menghadapi kenyataan yang sangat menyakitkan.
bila mendapat tahu tanpa sengaja, dia sudah menutup hati untuk diri ini. bila sebenarnya. Telah lama dia menjadi boneka badut untuk hanya berpura2 senyum ketika bersama. cintanya telah lama mat*, tapi aku tidak perasan. dan bila semuanya telah terluah, sakitnya boleh tahan.
pengakuan suami yang sebenarnya telah lama tidak punya hati untuk isteri. dan mempunyai cara lain untuk menghiburkan diri.. dengan wanita lain. bersalahkah aku sebab tidak tahu? dan kenapa sekarang aku jadi tahu? ketika perut ini sudah sarat 5 bulan anak ketiga dan setelah semuanya dicurah dari hati hanya ada tangisan dan penyesalan tiada lagi senyuman, walaupun cuma pura2.
bertahun katanya, dia sudah tidak menyayangi..hanya ada untuk anak2. kerana sifat isteri yang selalu mengeluh! marah! dan kasar..kerana suami selalu tiada di rumah atas sebab kerja. sebulan kadang2 hanya 2 malam di rumah. isteri yang kesunyian berdikari sendiri.
masih segar dalam ingatan, melahirkan anak pertama, emergency czer. 4hari kemudian sudah bersendirian d rumah. memandu sendiri ke klinik.
anak kedua sawan panas.. memandu sendiri subuh2 ke hospital..membawa anak pertama yang masih dalam mamai tidur. berat semuanya untuk tidak dilepaskan dalam keadaan marah dan tidak waras. dan akhirnya begini. dia membuang aku dari hatinya kerana ketidak sempurnaan itu. doakan aku kuat sekalian alam.




