assalamualaikum admin. tolong hide profile saya. saya berumur 30 tahun dan berkerja didalam sektor pembinaan underground. saya duduk berjauhan dengan anak serta isteri. walaupun saya sibuk berkerja saya tetap akan cube meluangkan masa dengan keluarga jika ada cuti hujung minggu atau ketika jentera saya rosak dan memerlukan banyak hari untuk dibaiki.
kami pernah duduk bersama di johor dan kuala lumpur tapi kadang2 kerja yang tak menentu masa isteri beranggapan yang saya seperti tak ada dirumah dan lebih baik beliau dan anak2 pulang ke kg halaman. dalam hal ini saya relakan kehendak isteri tersayang jugak. untuk pengetahuan min waktu berkerja saya memg terlapau padat adakala saya terpaksa berkerja lebih 18 jam sehari.
Dari mula kawin saya ta tak pernah abaikan tanggungjawab saya kat keluarga min. cuma masa sahaja yang menjadi kekangan pada saya. Sebulan saya akan bagi pada isteri tak pernah kurang darii rm 3000 bersih. perbelanjaan diri sendiri ibu bapa/mentua serta ansuran kereta dan rumah saya lakukan sendiri. saya kesian dekat isteri saya min. sekarang beliau tengah mengandung anak ketiga kami walaupun tengah sarat die masih mampu jenguk orang tua serta mentua tiap minggu.
kadang2 saya sedih lihat isteri checkup tanpa ditemani suami disisi. pagi2 dah bangun hntar anak ke taska sorang2. saya tak bagi isteri bela anak sepanjang masa sebab tak nqk isteri terlalu terbeban dengan banyak sangat keje yang dibuat.
saya harap admin dan orang ramai mampu beri pendapat yang munasabah patut atau tidak saya resign dan menukar kerjaya. Saya dalam dilema, saya sayang isteri saya. tq admin.