Assalam KRT. Saya dah kawin hampir 5 tahun. Anak seorang. Sedang mencari pekerjaan sebab baru ditamatkan kontrak. Suami kerja swasta. Umur kami awal 30an. Hidup kami cukup2x makan. Bagi saya, suami saya seorang yang baik. Dia pandai buat kerja rumah, pandai masak, pandai jaga anak. Cuma ada beberapa perkara yang saya nak luah disini.
Suami banyak meraba/meramas saya sampai saya naik rimas. Sekali sekala tu tak apa juga. Tapi ni pantang dekat atu duduk sebelah. Saya dah banyak kali cakap kat dia untuk lebihkan membelai dari meramas. Bukan apa, kalau dah setiap masa meramas, saya cuma rasa jadi pelepas nafsu bukannya disayangi. Dah lama dia tak belai saya dengan penuh kasih sayang.
Alhamdulillah saya sedang mengandungkan anak kedua kami tapi dia tak suka saya mengandung lagi dia takut tak mampu tampung dengan keadaan ekonomi kami sekarang. Masa awal2x tahu, dia suruh saya gugurkan, makan nenas, makan pil gugur. Alangkah hancur hati saya masa tu. Tapi saya tetap nak teruskan. Sekarang pun tengah alahan, dia langsung tak hiraukan saya. Sampai saya menangis sambil menahan alahan sorang2x. Dia lebih percaya benda tahyul. Setiap sudut rumah kami dikelilingi dengan jarum yang dia lekatkan di dinding. Dia juga letak ranting pokok bidara di atas rak. Sebab dia percaya benda2x tu boleh halau benda halus. Saya dah selalu tegur dia, tapi dia tetap nak letak. Solat? Saya mengaku kami solat on off. Saya harapkan dia untuk bimbing saya, tapi kadang2x saya pulak yang kena bimbing dia. Saya teringin suatu hari nanti dia yang kejutkan kan saya untuk tahajud sama2x.
Dia lebih suka menghukum dari menjadi pendengar setia. Saya sentiasa rasa down bila mengadu pasal apa2x perkara kat dia. Dia suka salahkan saya dalam apa2x hal yang saya mengadu pada dia. Jarang puji saya. Sebab tu saya lebih suka pendam dan diam selagi mana saya mampu. Saya tak biasa mengadu dengan keluarga sendiri atau kawan2x. Suami saja lah orang yang saya harapkan mendengar luahan saya. Saya pun bukanlah isteri yang sempurna. Cuma mengharapkan suami dapat membimbing saya dengan baik. Saya faham dia penat kerja, saya memang biarkan dia tidur nyenyak tiap malam, saya yang jaga ragam anak bangun 3-4 kali untuk susu dan tukar lampin tiap malam. Sekarang hubungan kami dingin, cakap sepatah2x, dah tiada kemesraan sejak saya mengandung (saya dah 3 bulan). Harap dapat memberi pendapat yang positif untuk memperbaiki rumahtangga saya.
January 25, 2019
alhamdulillah tahniah