SALAM MIN… MOHON MIN HIDE PROFILE SAYA YER. Saya seorang isteri 35 tahun suami 40 tahun dan ada seorang cahayamata lelaki.. baru2 ni min aku dikejutkan dengan berita suami aku sendiri bercinta dengan isteri org… ALLAH.. luluh hati aku min… sedangkan yg sedia ada ni pon x terjaga… pegi cari masalah dan dosa lagi… ALLAH.. mohon allah bukakan pintu hati suami aku untuk berubah kearah kebaikkan…dan bertanggungjawab… selama setahun mereka kenal saling berhubung sikit pon aku tak syak sbb diorang pandai sembunyi…
Tapi hati isteri tetap rasa mcmna bila suami pura2 menyayangi kita… dulu sygnya ikhlas… tapi sekarang mcm berlakon menyayangi… aku dpt rasa min.. tapi yg peliknya aku xboleh langsung tengok muka suami aku.. aku jadi benci… aku jadi baran.. ada saja yg menyakitkan hati aku..tapi aku sabar aku istigfar…
Aku mohon ALLAH tunjuk apa yg tersirat… suami aku pon sama min… dia syg aku mcm dlm terpaksa… tapi semakin lama semakin teruk min.. aku dpt rasa… dia balik keja marah2 aku… marah2 anak.. ada saja xkena… aku menangis siang malam… fikir apa kesalahan yg kami lakukan.. apa dosa yg lakukan sampai ALLAH turunkan dugaan ni untuk kami..
Dlm aku terus mengesyaki suami aku…tiba2 1 petunjuk dtg… keluarga sebelah permpuan tu dtg menceritakan segala masalah yg mereka hadapi… yg terlibat ngn suami aku. Hanya ALLAH yg mengetahui betapa hebat ujian yg aku lalui…ISTERI ORG min.. sanggup buat dosa.. sanggup buat maksiat dengan SUAMI aku.. ALLAH.. Selepas aku tau semuanya… apa lagi perang sakanla kami suami isteri… mulanya suami aku xmengaku… tapi akhirnya dia mengaku… dia bercinta dengan isteri org… ISTERI mana yg sanggup terima kalau sampai tahap tido hotel… suami mana yg sanggup terima isteri buat maksiat dengan suami org.
Aku jgk punya hati dan perasaan… aku minta cerai min.. (ya allah berdosanya aku) aku bersiap kemas pakaian untuk lari dari rumah. Suami aku pelok aku suami aku melutut dikaki aku min ya allah hilang segalanya kosong fikiran aku. aku tak tahu apa yg harus aku buat… aku menangis dan terus menangis.. KEesokknnya… nak jadikan cerita… seorang USTAZ dari DARUL SHIFA mai rumah untuk buat perubatan islam pada ayah mertuaku… dlm x sedar aku mencuba untuk tengok keadaan diri aku…ALLAH… aku disantau min.. aku diberikan santau dlm makanan… suami aku pulak diletak ubat untuk bencikan aku… dan terus merindui isteri org tersebut…
selepas kejadian tu.. kami berulang alik ke perubatan islam.. alhamdulillah.. suami semakin ceria… suami dah nampak diri dia yg sebenar.. dia mohon maaf berkali2 pada aku.. tapi hati aku tetap tawar… cuma aku x tunjuk pada dia min… hati aku sangat2 x boleh terima dia lagi.. Dia masih pujuk aku… masih lagi rasa bersalah pada aku.. dia mula beli jiwa aku dan anak.. dia bawak kami kemana saja yg dia terasa boleh membahagiakan… nampak sangat ikhlas min.. apa yg harus aku lakukan.. terus membenci atau menerima dia kembali???
sebelom ni min semasa aku kena santau dengan pompuan tu.. muka aku hitam… kusam… badan aku jadi macam2 penyakit.. kulit badan aku teruk min… sampai 1 tahap aku rasa nak mat* sakit merata2 dlm badan.. rasa mcm dicucuk jarum. alhamdulillah sekarang aku masih dlm rawatan untuk buang segala saka yg dikirim.. segala benda halus.. segala kotoran yg aku makan.. aku makin cerah kulit.. dan muka pon merah dan bersih balik… badan pon serta merta hilang segala penyakit kulit…
kepada semua pembaca krt terima kaseh sbb sudi baca panjang2… kdg kita kena berhati2 dlm memakan mknan yg dibungkus… kalaupon suami sendiri yg bawak balik… belajar untuk membaca ayat2 alquran untuk tawar segala santau.. kalau ada dlm makanan… mohon jadikan iktibar untuk semua. sekarang aku masih bersama suami aku. dan anak.. cuma xpasti hati ni boleh terima dia lagi atau x.



