Assalamualaikum admin yang dikasihi. Untuk pengetahuan semua, saya la suami AIR KENCING KUCING sebelum ni tu. Saya rasa saya nak kena tulis balik la sebab isteri dah menangis teruk peluk kaki saya oiiiii. Terima kasih ya Allah, terima kasih admin, terima kasih warga krt atas nasihat2 yang terlintas dalam kepala otak saya ni. Alhamdulillah. Syukur. Jadi saya rasa saya patut jawab beberapa persoalan yang ditanyakan oleh warga krt kita yang baik2 semua ni sekelian.
Pertama sekali, ada warga krt cakap mungkin isteri nak tunjuk tanda protes atau saya ni pernah kantoi buat benda salah ke apa. Tuan2 puan2, kalau da 2 tahun sejak dapat anak ni saya tanggung sengsara macam ni, protes apa benda nye. Kami kawen da 4 tahun. Alhamdulillah. Sebelum dapat anak, isteri still study master which is saya tanggung semua benda. Waktu ni saya tak rasa sengsara lagi sebab bagi saya isteri study. So saya kena berkorban lah.
Waktu ni kurang sangat gaduh. Yela, baru kawen. Tak de anak lagi kan dan dia tak pernah lagi ngadu kat saya boring ke apa ke sebab study kan. So masa dia banyak habis kat library je waktu tu. Lepas anak lahir, maka bermulalah……bab kantoi kesalahan lalu tu, saya tak ade pulak kawan chat perempuan lain ke apa ke. Langsung tak ade. Bab hobi saya, lepas keje company baru ni, saya betul2 focus pada kerja. Segala hobi saya semua saya tinggal. Upgrade kereta, mancing, main bola semua saya tinggal. Sebab saya tak ade masa dengan semua tu. Jadi saya takt au kata mana saya salah waktu tu.
Kemudian, ada yang cakap saya tak bawak isteri anak pergi jalan2. Saya cakap bukan kaki jalan makna nya bukan selalu. Tuan2 puan2, kalau ada cuti lebih dari sehari maknanya dalam 2 hari, mesti saya bawak isteri anak pergi tidur memana. Resort ke hotel tepi pantai ke apa. Tapi kalau cuti 3 hari, saya akan balik kampung la. Baru2 ni cuti hari Malaysia, saya bawak dia orang pergi tioman. Boleh cakap, setahun tak kurang 3 kali kita orang pergi jalan2. Tak cukup jalan2 lagi ke macam tu? Adeyhhh. Mat! la nak..
Kemudian ada warga krt cakap saya kurang komunikasi dengan isteri. Ye. Ini saya mengaku. Memang kami sangat kurang komunikasi. Banyak komunikasi dalam fon je. Yela, saya balik rumah takdia da tdo. Kalau tak tdo mesti kompom absolutely dengan fon. Bila saya slow talk dengan dia tanya apa tak kena ke apa, disuruhnye fikir sendiri. Dia cakap anak saya itu ini. Pernah je sebelum ni, untuk selesaikan masalah saya ni, saya cakap kat dia kita hantar anak pengasuh. Sebab saya nampak dia tak boleh tahan jaga anak saya.
Sempat la seminggu saya hantar, dia suruh cancel pulak. Sebab malu dengan mak abah dia katanya dan dia takpercaya ke pengasuh tu banyak sangat kes yang jadi bab pengasuh seakrang ni kan. Sudah, hantar pengasuh pun tak nak.
Saya pernah luah kat kawan sekerja saya tanya pendapat dia dan dia ni boleh dikatakan pengalaman la sikit dalam hal rumah tangga ni. Yela, da 2 3 orang mintak nasihat dia alhamdulillah menjadi.
Dia pun cakap sebenarnye perangai isteri saya ni lebih kurang dengan isteri dia je. Last sekali nak tau apa jadi tuan2 puan2. Dia angkat tangan surrender. Dia cakap, waaaaa bini ko ni pelik oiii. Aku dah tak boleh tolong ko da ni. Hahahaha. Aku redho ya Allah. Dan asbab kebuntuan tak tau nak buat apa laaaaa saya luah kat krt ni. Banyak yang cakap senang jeeee, cerai je. Cerai je bini macam tu. Demi Allah, tak terlintas langsung bab cerai dalam kepala saya ni. Bagi saya, ni dugaan Allah nak bagi.
Dia isteri aku, wanita yang sama aku cinta dan wanita yang sama aku nikah sebelum ni. Maknanya baik buruk dia aku kena terima. Masalah melintang tiba kerana selesaikan. Bukan dengan buang ganti baru. Sebagai contoh, kita beli iPhone 5. Kemudian tak reti nak pakai sebab seblm ni pakai indroid. So kita buang fon tu g beli iPhone 6S. Selesai ke masalah tu. Tak kan. So masalah akan berulang dan ulang dan ulang.
Ada jugak warga krt yang cakap agama saya kurang. Saya akui saya ilmu agama saya ni tak sehebat ustaz2, ulama2 kat luar sana. Tapi untuk diri dan keluarga saya rasa alhamdulillah dah cukup rasanya. Saya ni dulu sekolah agama 5 tahun. 19 subject spm aku ambik oiii. Allahu. Terima kasih banyak pada mak ayah aku. Jadi bab solat, alhamdulillah saya cukup tekan bab ni. Degil dan keras kepala macam mana pun isteri, tapi bab ni saya puji sungguh.
Even dia marah macam mana pun, kalau saya cakap, pergi siap, nak solat jemaah. Kompom dia ikut solat sekali dengan saya walaupun mulut muka dah macam hantu kak limah dah. Setiap hari, kalau saya bangun awal lebih kurang pukul 6, mesti saya akan kejut dia untuk jemaah. Tapi kalau saya dah terlewat sikit solat sendiri je la. Ju, kejut dia bangun solat jela. 2 minggu sekali saya akan pastikan kami baca al kahfi malam jumaat. Tuan2 puan2, kat mana lagi saya nak perbaiki tuan2.
Yang saya nampak waktu tu isteri memang kurang ilmu agama bab adab suami isteri ni. Kalau saya zenhen dia bab ni, selamber je dia sound saya balik cakap saya ni bukan baik sangat pun nak tegur dia. Adeyhhh. Selalu macam tu la situasinye. So saya da tak tegur da dia bab adab suami isteri dalam ni kat dia. Biar dia belajar sendiri jela kat tv oasis ke alhijrah ke. Ada warga krt tanya apa buruk ko wei tt. Hurmm bab ni saya selalu muhasabah setiap kali gaduh.
Saya ni perokok. Isteri memang cukup anti bau rokok ni. Tapi semua, percayalah, saya tak pernah smoking dalam rumah atau depan dia sekali pun. Tak pernah. Kalau saya nak smoking, saya akan ikut SOP yang dia buat. Korang yang smoker ni ada pakai baju hujan tak masa smoking? Haaaa. Ni nak habaq. Aku smoking kat luar rumah pakai baju hujan oiii. Sebab taknak ion ion rokok melekat kat baju. Pastu da habis smoking, masuk kena basuh muka rambut tangan n sanitizer.
Mungkin dia marah sungguh saya bab ni la kot sebelum. Ni. Bukan saya tak tegas dengan isteri, bukan saya tak tinggi suara dengan dia. Setiap kali saya tegur kalau melenting, mula2 saya akan slow down jugak. Dah lama2 saya mesti akan tinggi suara dan dia pun akan sama tune jugak oiii. Pernah sekali saya tegur dia cakap jangan la dibiar anak nangis sebab nak manja dengan dia, dia bileh menjawab cakap dia dah letih dan takde masa sebab bisnes online tu.
Allahu. Terus saya tinggi suara. Saya ni orang utara, jadi bila tengah panas memang outo keluar loqat sana. Tuan2 puan2 boleh bayang dia ckp apa balik kat saya. Dia cekak pinggang pastu dia cakap, hang ingat aku takut laaa hang cakap macam tu!!! Terdiam ceq ni. Dalam pala otak saya cakap betul jugak bini aku cakap ni. So saya redo jela. Hahah.
Ada yang cakap kisah saya ni kisah dongeng je. Saya tak kisah pun. Bagi saya, sedangkan hari2 ustaz dan ulama terang dan bagi amaran macam mana teruknye azab Allah nanti pun ada orang yang selamber je buat maksiat hari2 seolah olah macam Allah tuhan segala alam ni tak ade. Maknanya diorang tak percaya la tu Allah ada. Inikan pulak cite saya yang entah pape ni. Saya tak kisah pun.
Ada jugak yang tanya pecahan financial saya. Haaaa. Ni saya bagi.
Groceries = rm1200 (seminggu rm300)
Nafkah isteri = rm1000
Anak =rm1500 (saving +insurance rm300, kelas rm600, keperluan sampingan kata isteri saya rm300, susu+pampers rm300) Bil2 = rm560, (astro rm180, api air rm200 ni aircond 3 biji), fon rm180)
Keta= takde sebab dua2 keta dah habis bayar
Overhead saya=rm800
Rumah =rm1100
Total lebih kurang rm6100. So balance rm900.
So ada balance rm900 ni la bawak diorg pergi keluar hari ahad tu. Tak pela InshaAllah lepas ni kami akan sama2 plan balik bab financial ni balik sebab dia da kata dia nak berubah kan. Alhamdulillah. Mak ayah dan mertua saya saya bagi guna duit lain. Sebenarnye, bukan niat nak riak tuan2 puan2, sekadar berkongsi. Saya ni basic 7k.tapi ot, allowance ada lg. Saya akan bagi mak ayah mertua sama je jumlah semua sebab bg saya mcm mana saya layan mak ayah saya, macam tu la saya akan layan mertua saya.
Dan balance dr ot bagai tu saya akan simpan kat tempat yang memang saya takkan boleh ambik dah. Sebab nye tuan2 puan2, saya ni keje dalam bidang construction, contrat dan bukan permanent. Sebab company saya bekerja skrg international. Memang standard international project basis. Bayangkan tiba2 kalau dorang nak buang saya keje, jadi saving ni la akan membantu sementara saya cari keje lain.
Panjang sangat da tulis ni rasanya. Cukup la kot untuk menjawab serba sedikit persoalan para warga krt tu yer. Yang saya nak cerita ni pasal isteri da insaf taubat macam yang dia kata ni. Hahaha. Dia menangis melutut pengang kaki saya admin Allah sebijik Macam cerita hindustan cuma tak ade lagu je Terima kasih sungguh kat warga krt atas nasihat yang diberi. Apa yang saya buat. Hahaha. Saya ni tuan2 puan2, tak,pernah terlintas langsung nak duakan isteri.
Saya bukan alim langsung pun. Jadi bab madu, cerai memang saya elak jauh2. Sebab tu setiap kali gaduh dengan beliau, saya kan keluar rumah duduk kat luar rumah tu. Sebab saya takut sungguh jadi dayus naik tangan kat isteri. Jadi tuan2 puan2, Baru2 ni saya bawak diorang pergi tioman 3 hari 2 malam. So memang saya nekad akan sangat kurang cakap dengan dia. Saya tukar password fon. Masa bercuti dia macam biasa je. Tak ade pape perasaan. Macam lantak la ko suami oiii.
Saya pun buat tak tau je la. Rupanya dia ada nak pakai fon saya masa bercuti tu dan dia tak boleh bukak sebab password da tuko. Wakakaka. Balik je rumah, saya pun siap2 la nak pergi basuh baju n keta sebab penuh pasir. Dia menangis peluk kaki saya min. Dia cakap jangan tinggal dia. Jangan cari lain. saya tanya kenapa dia macam ni. Dia cakap saya tak pernah tukar password fon so dia rasa saya ada perempuan lain. Hahahahaha.
Pastu saya cakap la saya da tawar hati dah. Tak larat bagai semua lah. Lagi la dia meroyan min. Bayangkan, sebelum ni masa kami gaduh besar pasal kencing kucing tu, jiran sebelah kol tanya ada orang mabuk ke apa jerit2 depan umah kita orang. So masa isteri tengah meroyan tarik2 seluar sampai nak tertanggal sekuar aku ni dalam otak ni bukan fikir ke isteri ni, tapi fikir takut jiran kol polis je. Haha.
Jadi dipendekkan cerita, dia pun story la nape dia selalu tak sempat nak tolong buat kerja rumah bagai sebelum ni tu. Dia sebenarnye stress dengan mak dia sendiri sebab pandang dia sebelah mata. Even dia ada master tapi dia tak nak keja. Nak bisbes online. For info, isteri saya ni bisnes make up. Segalanya dia jual. So dia akan bz la dengan buat video tutorial la, belajar cara make up baru la, facial muka la, macam2 sampai saya pun tak pernah faham. So bila dia bangun dia akan jaga anak. Bila anak tido, dia buat la keja2 bisnes dia tu.
Lepas tu anak dah bangun balik. Maka berulang la rutin tu. Patut la sampai baju pun tak sempat nak angkat kalau hujan sebab letih tak rehat langsung. Bayangkan min, nak 2 tahun dah aku tanggung derita sebab benda alah ni je. Adeyh. Demi Allah, saya tak terasa langsung buat kerja rumah tu semua, saya tak kisah langsung bab makan semua tu min. As long kami tak gaduh n dia tak kurang ajar dengan saya dan hormat saya sebagai suami bila mana saya tegur dan marah. Tu je saya mintak. Sebab bagi saya, kalau isteri da boleh ditegur, InsyaAllah benda lain da boleh ubah.
Alhamdulillah, saya nampak dia da mula nak berubah. Saya test dia semalam pun dia tak melenting tinggi suara balik kat saya dah. Dia juz diam dan cool je. Alhamdulillah, atas nasihat kalian semua, saya da berjaya dapat senyuman dia muka pintu tatkala daya balik dr kerja. Syukur ya Allah akhirnya saya tau kat mana punca. Panjang pulak tulis ni. So saya nak ber terima kasih kat admin sebab siarkan cerita saya ni dan terima kasih banyak pada warga krt sebab bantu saya. Saya doakan kalian semua murah rezeki dan diampunkan doa oleh Allah taala. Amin Haaa satu lagi min.
Satuuu je lagi pastu habis dah. Juz nak bagi tau yang kelas anak saya pergi tu nama dia Right Brain class. Korg google la sendiri ye. Seminggu 1kali, sebulan 3kali, sejam setiap session. Aku kira gaji cikgu yang ajar tu dah sama banyak dengan gaji lecturer lim kok weng sejam weeeeiii. Patot la anak aku sorang je muka melayu kat dalam kelas tu yang lain semua Chinese. So tu je la. Assalamualaikum
Kisah dahulu
Assalamualaikum admin. Mintak tolong hide kan profile saya admin ku yang hensem/cun. Macam ni, saya ni ada masalah sikit and nak story kat dalam ni sebab dah tak tau nak story kat sapa dah. Jadi makcik pakcik bawang ubi cabai timun semua bantu lah saya dengan komen2 anda ye.
Saya ni 30 dan isteri pun sama umur . Perkahwinan kami dah jejak 4 tahun dah min. Alhamdulillah kami dikurniakan seorang anak lelaki 1 tahun lebih setelah diuji dengan fibroid, keguguran sebelum tu. saya ni bekerja di sayrikat swasta (construction) dan isteri ni suri rumah (even dia master). pilihan dia sendiri untuk cuba berniaga online dan saya tak pernah pun paksa kerja sebab gaji saya dah cukup untuk perbelanjaan kami.
Cuma ada masalah sebenarnye antara kami ni. Pertama dari segi kewangan. Min, gaji saya setiap bulan lebih kurang 7k setiap bulan. Tapi tak pernah pun cukup sampai hujung bulan. Nak kata berjoli sakan, tak pun. Nak kata kaki jalan, tak pun. Saya percaya memang setiap orang akan diuji dengan wang ringgit ni. Anak saya yang setahun tu min, baru2 ni dia hantar ke kelas yang yurannye lebih kurang 6 ratus sebulan. Seminggu sekali. Sebulan 3 kali.
Mula2 dia cakap seolah olah macam kelas tu untuk 4 bulan sahaja. Rupanya 4 bulan tu adalah bayaran awal. Lepas tu continue kelas dan bayar bulan2 macam biasa. Bila saya cuba nak bincang dengan dia pasal kewangan ni dia akan melenting min. Dia cakap seolah olah saya ni tak pentingkan anak. Saya ni fikir jauh min. Ni baru sorang anak. Kalau dah ada 3 4 orang anak mcm mana?
Tak adil bagi saya kalau anak sulung saya ni sahaja yang og kelas macam tu. Untuk pengetahuan semua, perbelanjaan anak saya seorang ni sebulan lebih kurang 1.5k lebih. Bab duit dia memang sangat2 berkira dengan saya. Dia tak pernah pun ambik tau laki dia ni ada duit ke tak. Kadang2, saya tak berduit langsung, dia sampai bila bila tak kan tolong saya even dia ada duit. Saya tak harap sikit pun dia tolong tapi memang macam ni ke suami isteri min?
Kalau saya pinjam duit dia sekalipun pasti saya akan bayar balik. Bila tak berduit dan dia suruh beli atau nak ke memana ke, dia akan buat muka yang sangat2 saya benci bila saya cakap saya tak berduit. Tak pernah dia ungkap dari mulut dia perkataan yang support saya tapi hanya cakap rezeki saya tak berkat lah apa lah. Hurmm ntah la min. Saya pun tak pandai nak tulis macam mana.
saya ni bekerja di sektor construction. Sapa2 suami dia yang bekerja di sektor ni memang akan fahan bab balik kerja pukul berapa, penat nya macam mana, cuti macam mana. Setiap minggu saya cuti ahad je. Setiap hari saya akan keluar rumah pukul 7 pagi balik pasti sampai rumah pukul 11 malam. tu la rutin saya hari2. Balik kerja, saya akan tengok pinggan mangkuk kalau tak bercuci saya akan cuci la semua. (selalunya hari2 lah). Dan TENDER baju memang under saya sejak anak saya lahir lagi.
Saya la basuh, sidai, lipat, masukkan dalam almari. So, balik kerja, tekan mesin basuh, tunggu siap, sidai. Esok malam balik rumah, angkat kain dan lipat. Tapi Kadang2 min, bila hujan, isteri saya langsung tak angkat kain tu min. Alasan dia tak sempat. Bila saya marah dia akan melenting cakap saya tak faham macam mana dia letih. Mulanya saya fikir mungkin saya salah sebab tak cuba memahami dia. Tapi lama2, saya jadi keliru.
Anak seorang setahun lebih, kain baju pinggan mangkuk periuk aku basuh, celah bedah mana yang tak sempat?? Tak nak gaduh punya pasal, aku bawak pegi dobi. Keringkan pastu lipat kat situ jugak. Bawak balik simpan dalam Almari. Min, balik keja, dengan letih2 tu, kena pergi dobi, pastu lipat semua tu. Esok keja lagi. Kena maki hamun lagi dengan bos tu lagi. Allahu. Letih ni tuhan je tau.
Bab makan min, saya tak kan makan kat luar min. Pagi pergi keja sarapan kat kedai dulu roti canai 2 keping pastu malam balik rumah baru makan nasi. Kadang2 balik rumah, tanya masak apa, dia akan cakap telur goreng. Saya pun melantak lah apa yang ada. Sebab saya ni tak pernah sikit pun berkira bab makan ni atas sebab nak menjaga hati isteri ni dia letih seharian jaga anak. Kadang2 dia tak masak jadi saya akan beli nasi bungkus untuk dia dan saya.
Yang saya terkilan sangat ni min, bila kami gaduh, dia tak pernah nak terima teguran saya ni. Bagi dia, saya seolah olah tak boleh tegur dia, tak boleh marah. Pasti dia akan tinggi suara gila kat saya. Habis semua benda dia akan ungkit dan segala buruk saya dia akan cakap . Alhamdulillah, saya masih boleh tahan diri saya ni dari naik tangan kat dia. Nauzubillah..
Entah la min, saya sebenarnye stress sugguh. Kenapa isteri saya tak macam orang lain. Bila diminta bawakkan air kosong pun disuruhnya saya ni bangun ambik sendiri. Bukan sekali dua, memang tu la perangai dia. Nak bayangkan isteri buatkan air kat saya, memang harapan je lah. Senang cakap min, isteri saya ni tak boleh ditegur atau dimarah. Mesti dia akan melenting.
Ni min, sebenarnya kami baru lepas gaduh la ni. Siang tadi anak jatuh sebab ada air kat lantai air tu sebab saya simbah air kencing kucing depan pintu rumah Anak berlari kat situ pastu jatuh. Dia sembur saya kaw2 tadi min. Kencing kucing tu bukan baru. Dah 2 hari kat situ. H4ram dia tak tolong settlekan pun even dia dok Rumah. Dimarahnye saya ni kata sebab tu la dia tak cuci rumah sebab tak nak anak saya tu jatuh dan membahayakan anak. Sampai macam tu sekali min.
Saya terasa sugguh tadi. Sebab tu la saya keluar rumah dari siang sampai la malam ni haa. Wahai tuan2 puan2 sekelian, beri lah komen membina untuk saya ni. Bantu lah saya. Bagi la nasihat supaya saya boleh jernihkan rumah tangga saya yang keruh ni. Saya tau isteri saya ni baik. Cuma perangai degil dan keras kepala dia ni je yang nampak dia teruk.
terima kasih admin sebab siarkan cerita saya. Ni pagi ni admin, dia cakap semalam saya jerit2 kat rumah tu habis semua jiran tanya saya ni mabuk arak ke apa. Allahu. Dia cakap saya ni sama je dengan penagih kat kawasan rumah kami yang jerit2 kalau mabuk malah lebih teruk dari mereka Allahu. Saya dah tak tahan dah..




