salam. saya baru bernikah sebagai isteri keempat tiga bulan lalu. pernikahan kami tidak diketahui isteri yg lain kecuali yang pertama. saya merupakan ibu tunggal anak empat dimana semua anak anak saya remaja. Bagaimana pun setelah sebulan lebih menikah tanpa diduga isteri ketiga telah mengetahuinya dan memaksa suami menceraikan saya dengan mengugut suami untuk bagitahu isteri yang lain dan pada majikan.
suami seolah tiada pilihan terus menceraikan saya di whatapps voice dengan talak satu dan pada masa yang sama saya baru je hamil beberapa minggu. saya dibiarkan tanpa simpati. mesej dan panggilan diblok. malah tergamak mengikut isterinya membuat report polis pada saya dengan alasan tidak mahu diganggu sedangkan dia belum lagi memfailkan pengesahan cerai.
Akibat tekanan saya keguguran 6 minggu. saya cuba cuba berhubung melalui email namun tidak diendahkan. tiada nafkah diberi dan membiarkan saya seorang diri. baru baru ini dia mesej menyalahkan saya kerana isteri ketiga telah minta cerai. saya buntu sekarang ni




