Assalamualaikum admin dan warga krt. Nak tanya soalan ni, seseorang yang merampas suami atau isteri orang tu digelar b**i sondol kan? Maknanya saya bukan b**i sondol! Sebab apa saya berkata sedemikian. Saya ni orang baru bekerja di sebuah syarikat perbankan di cyberjaya. Saya ada sukakan sorang senior ni dia penolong pengurus, orangnya tinggi dan peramah, belum berkahwin tetapi yang sedihnya dia ada gf.
Saya taktau la hubungan dorang dah brapa lama tetapi saya rasa saya lebih layak bersama dia berbanding gf dia tu sebab gf dia free hair maybe sebab non muslim kot, muka tak macam melayu. Saya ni orangnya menutup aurat, pandai memasak walaupun saya tak ses*ksi dan seputih dia dan saya juga paksa diri untuk join trainer saya berbasikal sebab saya dengar dia suka orang bersukan. Saya lakukan semua ni demi dia tetapi dia tak pernah sedar usaha yang telah saya buat utk tambat hati dia! Sedihnya..
Saya pernah terserempak dengan dia dan gf dia waktu lunch. Nampak gayanya gf dia bawakan bekal untuk dia. Eh yang saya tak faham kenapa nak kena bawa bekal kalau nak makan kat luar? Ishh teruknya perangai. Nasib baiklah dorang berdua belum berkahwin. Kalau dah, memang melepas la saya sebab ada satu hari tu pertama kali dalam hidup saya tengok dia cukur misai dan janggut dia ya Allah handsomenya saya suka kalau trainer saya tak dtg office sebab saya akan ada lebih banyak masa utk diluangkan bersama dia.
Saya akan mula bertanya soalan, kadang saya buat2 tak fhm semata-mata nak dia dtg lebih dekat dengan saya hihi. Persoalan saya kat sini ialah saya bukan b**i sondol kan sebab dorang belum berkahwin lg. Dan saya rasa tak salah pun kalau saya cuba nak masuk line mana tau terkena hehhehhehhe. Itu sajalah dr saya. Kalau boleh saya nak minta pendapat mcm mana nak tarik perhatian dia dengan lebih lg. terima kasih semua.




