Assalammualaikum warga KRT
Ketika ini aku sedang berjuang melawan kesakitan disebuah hospital tempat kelahiranku kerana masalah kesihatan jantung aku yang semakin memburuk. harap semua doakan aku supaya aku terus kuat dan tabah serta sihat seperti dahulu. apa yang ingin aku luahkan adalah perasaan terkilan atas sikap suami aku yang langsung tidak mengambil peduli malah tidak pernah melawat aku yang sakit di hospital. dengan alasan dia sedang bercuti dan balik ke kampung.
puas pihak majikan memberitahu nya akan tetapi dia tidak juga muncul.
Aku ini penuh dengan harapan walaupun harapan aku kian pudar. aku bukannya hidup bermadu dan kenapa suami aku tidak pernah menganggap aku orang yang penting dalam hidupnya. panggilan aku diblok dan begitu juga wasap. bila pihak hospital hubungi untuk berbincang keadaan aku. dia berkata tak ape dihospital banyak doktor boleh merawat aku. kejamnya kamu wahai suami untuk aku. selama ini segala sakit peningmu aku bersengkang mata menjaga kamu siang dan malam dan kamu tahu keadaan kamu semasa sakit perhatian yang utama aku berikan. lupa kah kamu dalam kesakitan aku tetap menjadi orang yang terpaksa kuat untuk bekerja membantu mu. tidak nampak kah kau semua itu?
ye aku tahu aku tidak penting untuk kau kerana kata kau aku hanya orang luar tidak sepenting keluargamu. sampai hati kamu suami. Tahukah kamu kenapa aku sakit dan makin melarat? kerana kamu sering memberi tekanan kepada aku. kamu selalu kata aku berpura sakit. demi allah aku tidak pernah berbohong. kerasnya hati kamu kan. Tinggimya ego kamu.. semoga Allah yang memberikan jalan terbaik untuk aku. walaupun sampai sekarang aku berharap kamu akan datang melawat aku di hospital. ingatlah tanggungjawabmu pada aku.




