Salam min. Macam biasa ye min hide profile ni ye. Min comel. Aku nak buat pengakuan terbuka. Aku adalah salah satu bab* penyondol rumahtangga orang. Aku cerita serba sedikit hal aku. Aku adalah janda yg tiada anak. Janda mmg klise dengan bab* penyondol kan. Umur aku 30 tahun. hampir 5 tahun aku bergelar janda. Kami bercerai sebab bekas suami terpikat dgn org seberang dan aku pula tak mahu dimadukan. Awal tahun ni aku kenal dgn seseorang lelaki iaitu suami orang. Dia berumur 40++ dan ada 3 org anak. Aku berkawan biasa dgn dia. Aku anggap dia skandal aku je takde niat nak kahwin atau nak serius sbb sedar dia suami org. Dia tiada masalah besar dgn isterinya. Malah dia tak pernah burukkan isterinya depan aku. Aku pun jarang tanya tentang isteri @ anak2nya. Cuma dia sunyi sama seperti aku.
Kami pun dah beberapa kali wik wik tanpa rasa berdosa setelah hampir 5 bulan menjalinkan hubungan dengannya aku benar2 sudah jatuh cinta padanya. Begitu juga dia. Pertama kali hati aku terbuka untuk berkahwin sekali lagi. Berkali kali dia mengajak berkahwin dengannya. Sudah tentu aku tolak sebab aku tak mahu dimadukan. Apa yang aku sedar sekarang aku sangat cemburu bila dia balik ke rumahnya. Aku selalu terbayang macam mana dia wik wik dengan isterinya. Malah dia pergi shopping barang dapur dengan isterinya pun aku cemburu. Oleh itu aku buat keputusan untuk putuskan hubungan dengannya. Sebab aku tau aku perlu akhiri semua ini.
3 kali aku cuba putus dengan dia 3 kali juga dia jatuh sakit. Sampai terpaksa ambil cuti berhari2. Malah aku sendiri sakit saban waktu menangis terkenangkan dia. Aku buntu sekarang apa perlu aku buat. Demi allah aku tak minta perasaan ni hadir. Aku membuka pintu seluas luasnya untuk semua mencaci dan maki hamun aku. Aku memang patut dimaki dan dikecam. Jangan kecam dia sebab semuanya bermula dari aku. Semua ni tak kan terjadi kalau aku tak menggedik dulu kat dia. Dia ada dalam grup ni juga. Abang.. diam2 je. Sekian.terima kasih