Assalamualaikum Min..
Kisah sy d siarkan atau tak. tak thu la. tp legalah sb dah bkongsi crita..drp simpan dlm hati. Hati merana. Saya bkahwin dgn suami tak sampai 6 bulan dia kantoi chat dengan banyak ppuan mlalui game online. maklum lah kami ni phubungan jarak jauh. susah sgt kah nak setia dgn 1 ppuan? saya mmilih suami pun sebab masa tu suami lagaknya seperti bukan kaki perempuan. seorng yang setia banyak mengajar tentang agama Islam. kononnya dia tu lelaki yg tak suka mnipu. kata orang kaki gamer ni tak ada masa nak ambik pduli pasal gf apatah lg nak curang. Buat pgetahuan smua..itu dusta smata2
Saya terlalu percaya suami shingga hp suami langsung tak pernah di usik. Lagipun suami tak letak password. Bermakna takde rahsia tsembunyi tapi jangan lupa sekarang ada banyak apps yang boleh hide gallery, games dan lain2 untuk mengelakkan daripada kantoiii.
Masa tu saya baru sebulan berpantang kat rumah mak mentua. nak di jadikan cerita saya terjumpa ada bberapa screenshot pbualan suami dengan ppuan. suami terlupa padam. Siap dengan gambar suami hantar gambar bog*l dengan ppuan itu. suami save nama ppuan tu dengan nama lelaki.
Saya tunjuk suami dengan muka yang sangat kecewa. Tapi apa yang terjadi suami belasah saya,mencekik saya depan mak mentua,mnampar dan menendang saya..
memang sakit tapi hati lebih sakit sebab selama ni saya anggap dia seorang lelaki yang sangat istimewa. Setiap malam saya wajib dengar suara suami supaya boleh tidur sebab suara suami adalah suara paling menenangkan untuk saya lagi2 masa tu tgh pregnant anak pertama kami. maklumlah kami phubungan jarak jauh.. Kmi jumpa sekali je dalam 1-2 bulan tapi saya sangat hampa bila nampak history chat suami dgn ppuan tu semasa saya datang cari suami. masa tu saya tgh pregnant 7bln sanggup naik bas smata2 nak lepaskan rindu. Terlupa kselamatan si kecil yg masih dalam kandungan yang tak sesuai jalan jauh. tapi suami lepak kat kedai mamak smbil chat dgn ppuan tu padahal saya ttunggu2 kat rumah..siap bjanji nak video call lagi.. walaupn sy tgh sarat mgandung dan tak boleh mberikan dia apa yg dia ‘nak’ sekurang2nya peluk lah isteri ni yang rindu sgt pelukan suami.
Hargai lah isteri ni yg sanggup datang jauh2 semata2 nak tatap muka suami. sentuh tangan suami walau hanya 2 hari cuti shja. Berbalik dengan cerita tentang saya dipukul suami. Sebenarnya saya nak lari dari rumah bawa anak yg baru lahir tu tapi mengenangkan kami tak buat lagi ic anak jadi saya tpaksa bersabar..saya nekad akan tinggalkan suami selepas ic anak settle..perasaan dengan suami dari rasa sayang mjadi sangat takut…suami yang membelasah saya tapi dengan muka yang tak bersalah suami suruh saya pula mgurut tangan nya yang masih sakit slps mmukul.. Sepanjang saya berpantang saya tjumpa lagi conversation suami dengan banyak ppuan dalam game online..tak kira muda tua janda..smua ada..dengan bmacam2 penipuan2 dia..
Semakin hampa dengan lelaki yg slama ini mjadi pujaan hati..kebetulan pula masa tu iklan lagu PUJAAN HATI KANDA selalu berkumandang. btambah lah lagi ksedihan dalam hati..ceh huhu
Lagu tu mbawa seribu makna..
Saya terus memendam perasaan..suami berjanji dia takkan buat kerja bod0h tu lagi. alasan nya sebab saya TAK ADA di sisi suami selama ni.. slepas settle buat ic anak..saya masih sayangkan suami dan tak sanggup bpisah..suami myuruh berhenti kerja sebab dia mampu ..suami tdk sanggup berjauhan dengan anak..saya ikutkan permintaan suami..
Memang suami mampu mberikan saya nafkah zahir.. Dulu suami selalu mlepak kat kedai mamak tapi dah stop sebab kerajaan dah haramkan rokok ke kedai makan. satu kelebihan untuk para isteri di luar sana..bSuami sentiasa di rumah main game..saya tak kisah..kadang2 suami tak tidur langsung..anak bini terabai..seolah2 takde kat rumah..mmg suami tak chat dgn mana2 ppuan lagi dan saya dengan suami kdg2 sebulan sekali dua shja ‘bersama’..
Tapi saya check komputer suami,dia tgok gambar/video luc*h sedangkan isteri ni langsung tak disentuh.. Mungkin sebab saya tak menarik..buat pengetahuan min saya memang sedikit berisi..dan suami asyik suruh kuruskan badan..tapi sebelum kahwin saya mmg bbadan spti ini..kenapa sekarang dia persoalkan bentuk bdn saya..jika tidak boleh menerima saya seadanya mgapa mgahwini saya..saya boleh rasa suami masih sangat sayangkan saya tapi cuma tak berminat nak ‘bersama’ dengan saya..
Saya masih myintai suami..tapi setiap hari hati dan fikiran selalu nak cerai..cerai..cerai..adakah itu satu pyelesaian? anak kami yg masih kecil tu sgt sayang dengan abahnya..pantang dengar suara abahnya mesti sangat gbira..takkan saya nak mmisahkan dua beranak tu. Suami saya pun tak boleh bjauhan dengan anak kami..tapi saya tak boleh memaafkan suami..
Nak tanya. normal ke seseorg suami suka dgn por*ografi?tengok gmbr ppuan2 bogel? walaupn bini di depan mata?saya pernah minta ‘nafkah batin’ tu dgn suami..bkali2..tdk di pedulinya lgsg ditolak. Adakah saya seorang sahaja yg tlalu ambil serius hal ni..saya taknak khilangan suami tp dalam masa yg sama saya taknak memikul beban di hati tlalu lama..




