Mintak Admin Hide Profile saya Assalamualaikum KRT. Ingat tak posting yang saya kena tipu dengan suami? Dan saya tanya doa untuk berlapang dada dan bina kepercayaan pada untuk suami saya. Ingat? 3 bulan dah berlalu. Rupanya 3 bulan tu jugak sebenarnya saya ditipu lagi. Takpelah, surprise dari Allah.
Nak dijadikan cerita macam mana saya tahu adalah satu malam tu saya nak tidur tapi tak boleh. Saya terus mesej suami dan tanya dia. “Awak okay? Saya tak sedap hati, macam ada yang tak kena..” Dia jawab” Tak ada apalah awak je suka pikir buruk …”
Saya sedih bila dia cakap macam tu, sebab salah dia yang dulu pun saya cuba untuk pikir yang baik baik. Sampai google segala doa. Dan menjadi. Hari makin hari saya bertambah baik.Tapi malam tu Allah dah gerakkan hati saya. Isterikan ,Allah bagi satu sense baik punya. Rasanya 1 minggu lepas soalan malam tu.Saya baring dengan dia untuk tengok movie, guna phone dia. Dia macam mengamuk sebab line dan dia nak clear cache tetiba saya nampak whatsapp dengan no tak kenal.Tapi saya buat tak nampak esok tu pagi pagi saya try refresh.
Allah tu baikkan? Doa yang selalu saya amalkan hanya Alfatihah untuk suami. Rasa nak nangis bila Allah menjawab. Caranya dia tunjuk pada saya apa yang saya tak pernah tahu. Saya tanya tapi dia tak nak jawab,sampailah saya pergi kerja balik kerja.Balik tu saya dah tak nangis dan tak marah dah.Tapi saya tanya dia masih diam. Sampailah dia mengaku, bila , macam mana, sebab apa. Saya ? Sedih. Kecewa yang sangat sangat kecewa. Sampai saya menangis. Saya rasa saya yang salah atas apa yang berlaku. Saya rasa saya tak berguna.
Dia mintak maaf. Menangis.Tapi saya mencari kesungguhan dia.Tak pelah malam tu saya tidur dan maafkan dia. Hari ahad kami jalan jalan bawak anak lelaki saya, dalam perjalanan balik saya menangis tak tahu kenapa. Tapi hati saya menjerit Aku sayang suami aku, aku cintakan dia, Aku maafkan dia. Cuti umum. Dia bagitahu untuk keluar dengan kawan kawan. Awal saya dah bagitahu dia. Harini saya balik jam 5 tapi tak pelah saya balik jam 6. Tolong datang awal tak nak anak tunggu lama. Tak pernah dia ambik saya selewat harini, 1 jam saya tunggu anak sampai tertidur.
Dalam kereta saya diam.Tak nak nangis tapi saya nangis jugak. Saya lepaskan semuanya. Dia gengam tangan saya kucup sepanjang jalan dan dengar semua luahan saya, dia menangis. Dah masuk parking kat rumah pun kami masih dalam kereta dan dia yakinkan saya. Dia akan tinngalkan semua, janji dengan Allah. Dia lupa janji dia dengan Allah yang dia buat pada Allah pada hari pernikahan kami. Dia menangis sungguhan. Saya sayang suami saya. Dia baik. Baik sangat. Saya bagitahu dia, walau macam nie hebat awak buat pada saya kenapa lah Allah tu bukakan hati saya untuk maafkan awak. Saya kutip balik hati saya, saya cantunkan bagi cantik cantik macam tak ada apa.
Saya yakin dan percaya Allah uji Allah sayang. Bahagia rasanya hati saya bila saya betul redha suami.Terima Kasih Allah. Sejak peristiwa Dalam kereta, sampailah harini saya rasa sayalah paling bahagia sangat bila Allah uji saya macam ni. Allah sayangkan? Pesan saya pikirlah baik baik pasal suami. Takpe dia curang atau tipu kita tu bukan hal kita. Tu semua kerja Allah kita tak payah cari tahu. Allah jawab je doa kita sebenarnya. Sampai waktu dia tunjuk.
Saya macam mana dengan suami sekarang saya rasa macam saya jatuh cinta dengan dia setiap kali kekerja saya mesej saya cinta dan sayangkan dia saya kucup pipi dan tangannya setiap kali saya rasa perlu buat macamtu. Moga dia sedar, saya tak kemana mana dan perasaan masih sama.Tak ada benci dan kemarahan buat dia. Antara doa saya yang Allah jawab Berikan Aku petunjuk,aku rasa tak kena. Ya Allah,aku ingin disampingnya setiap hari dan tidur malamku (suami kerja shift)Allah jawab, Allah tunjuk semua. Allah jawab, Suami dah tak kerja shift lagi. Baikkan Allah.




