Tolong hide profile saya thx. Saya post ni tujuan saya ada nak tanyak berpergalaman. Cerita ni amat panjang dan ambik masa untuk membaca. Saya cuba untuk pendekkan cerita ok. Saya umur 31, asal dari keluarga yang miskin dan tak mampu. Dari muda lagi saya keluar untuk berkerja dan cari kehidupan. Wife saya ni sejak dia dah lahirkan anak berubah cepat sesangat. Semasa bercinta dia ok saja. Dulu dia memang tak kisah saya tak ada duit kerja kotor macam mana pun dia tetap basuh pakaian saya tak guna mesin basuh pakai tangan saja basuh pakaian. Sekarang ni terus berubah lain orang saja gaya dia, rumah tak kemas, pakaian tak cuci, bekas makan pun terbiar saja. Adakah patuhnye alasan seseorang tu bercurang kerana suami takda duit.
Dulu mula2 memang kami tinggal sama mak saya. Dari bulan 6 tahun 2018. demi 1 perkataan dia berkata “kita bina keluarga sendiri” saya buat keputusan besar. Walaupun duit saya hanya rm200 sahaja. Kami berpindah keluar, sewa rumah kami bertiga saja. Saya sanggup berkerja siang malam panas hujan. Kena marah boss pun on saja. Dihina pun on sja. Demi apa? Demi perkataan dia “kita bina keluarga sendiri” saya jalankan tanggungjawab sebagai suami. Saya memang lah ingat betul kata dia. Rupa2nye dia ada jantan lain dia luar, yang lebih hebatnye mereka dua sama berkerja. Tu lah saya pun tak tahu apa kah dosa saya. Apa kah salah saya. Cari perempuan lain mana ada.
Sejak dia Pregnant sampai dia lahir bby 1 tahun lebih saya takda sentuh perempuan. Takda keluar malam. Pergi kerja balik terus rumah. Tolong urus rumah, jaga anak. Lagi2 dia tak bersayaukur nak juga ada jantan lain. Sekarang ni saya langsung tak dapat berjumpa mereka dua. Entah mana pergi. Setiap hari saya sedih. Perna berapa kami ingin bunuh diri, demi anak saya bertahan. Nak cerai sama dia saya tak sanggup. Sebab saya betul sayang dia, masih cinta dia. Saya perna kata saya tak kisah jika dia balik pada sama saya, saya akan lupakan segala perbuatan dia terhadap saya. Saya tak kisah dia perna curang. Saya betul tak sanggup lagi jadi duda, jikalau kali ni saya bercerai saya dah kedua kali duda sudah. Pasti orang akan kataan bahawa saya ni tak bagus terhadap isteri. Ya memang dulu saya terok. Tak perduli anak dan isteri pertama. Saya dah minta maaf dan sedar saya bersalah. Mereka pun maafkan saya. Adakah ni dosa saya. Boleh bagi candangan apa yang saya harus buat. Thx




