Assalamualaikum admin. Saya nak share sikit tentang diri saya dan isteri Moga manfaat untuk semua. AKU SAYANGKAN ISTERI dan ANAK AKU SEBAB ITU AKU SANGUP BERHENTI KERJA. KELAKAR? TAK MASUK AKAL? PELIK? jawapan biasa aku dengar bila orang tanye aku kenapa tak teruskan dengan kerja tetap sebagai cikgu. Dulu aku kerja cikgu kat sekolah swasta. Ada juga sambil2 tu buat business sampingan Jurugambar kawin/majlis.
Waktu tu pendapatan yang aku dapat Memang berbaloi dan Berlebih sebab aku ada Kerja tetap lepastu job pon kadang2 tak menang tangan dibuatnya. lagi2 Bila lepas kawin rezeki yang datang kadang2 tak sangka. Bila aku dapat tau isteri aku pregnant. Aku memang dah pasang niat sejak Dari awal kawin nak selalu ada dengan dia sebelum dan selepas bersalin.
Bila tengok depan mata isteri dalam proses bawa baby 9 bulan dalam perot rasa selamat puas hati sangat.
Lepastu masuk proses berpantang. Tengok anak membesar depan mata. Macam tak percaya je. Anugerah yang paling bermakna yang aku dapat.. Maybe korang nampak tiap kali aku update status aku gembira sepanjang masa tapi sebaliknya banyak yang berlaku. Business aku pernah tanggung rugi besar. pernah rasa give up. Barang client lambat siap dalam masa ditetapkan, client cancel job last minit. Kena cop PENIPU. Photographer yang aku upah buat softcopy gamba hilang pastu nak lepas tangan. aku kena tipu.. Macam2 hal lagi.. Tapi aku tetap macam biasa
Hanya Allah dan orang yang paling rapat dengan aku je tau status aku time tu. Aku pun acah2 la nampak gembira dalam tiap status yang aku post. Tapi Itula risiko yang aku sendiri sanggup hadapi bila buat kerja dengan pendapatan tak menentu kalau Ada job dan rajin InsahaaAllah banyak la yang aku dapat. Kalau tak ade job macam tu jela yang aku dapat.. Pernah duit dalam dompet tinggal RM5. Aku post kat fb status bukan nak minta simpati tapi nak minta tolong mendoakan supaya urusan aku dipermudahkan aku mencari sesuap Nasi untuk anak isteri.
Alhamdulillah Ada sahabat yang entah dari mana muncul datang membantu time aku Dah betul2 terdesak.. Aku tak nak tag orang tu. Aku tau dia bukan nak nama. Memang aku tak akan lupa jasa dia dan kawan2 yang mendoakan aku dan family aku sepanjang masa. Bila aku kerja sendiri. Isteri dan anak tiba2 sakit dan perlukan aku. aku nak sentiasa ada untuk dorang bukan nak up diri sendiri. Tapi Apa yang aku belajar adalah bila aku buat keputusan berhenti kerja nak kerja sendiri sebenarnya aku perlu berkhidmat sepenuh masa untuk family bukan untuk diri sendiri dan business saja..
Sekarang kami tengah tunggu kelahiran anak kedua kami. Tak lama lagi Nufael nak dapat adik. Laki atau perempuaan tak kisah janji baby dan mama sihat.. Hehe sian abang pael selalu main sorang2 bosan kata dia. Bila isteri dah sarat bawa perot kesana sini. Agak mudah aku nak membantu dia selesaikan urusan hariaan, rumah dan ceck up baby. kadang2 urusan kerja wife yang tak mampu dia buat pon aku offer nk buatkan. Hantar dan ambik dia kat sekolah hari2 Walaupon Jauh Dark puncak alam ke damansara pon aku sanggup.Tak ape asal kan ada isteri depan mata dengan selamat aku dah puas.
Satu hari Bila anak2 aku Dah besar bila cikgu dorang tanye papa Dia kerja Apa. Biarlah dorang jawab “papa saya kerja dgn mama saya cikgu” Nampak Kelainan sikit kan. Wakakakakka. Aku tak pernah rasa menyesal dengan keputusan yang aku buat tapi aku akan rasa menyesal seumur hidup bila orang yang aku sayang perlukan aku tiba2 aku tak ade disisi dorang..Sekadar nak pesan untuk diri sendiri dan korang jangan sia2 kan isteri dan anak sebab mereka adalah amanah dan tanggung jawab paling besar dalam hidup.
Hidup rumah tangga sesekali kita perlu lakukan pengorbanan, Jangan sesekali anggap mereka beban. Kena Ada sifat tolenrasi baru hidup akan lg Bahagia.. InsayaaAllah. Terimalah kasih kepada korang yang sudi baca Dari awal sampai habis. Kalau bermanfaat share LA saya izinkan. Moga sikit pengalaman yang saya share di dpt kebaikkan utk semua. Amin.




