Assalammualaikum, terlebih dahulu aku harap sangat min siarkan kisah saya ni..Maaf sebab panjang macam skrip tv.. bila orang dok kecoh pasal kene cerai masa mengandung dan juga pasa Si madi, terdetik hati nak meluahkan kat KRT ni. Untuk pengetahuan semua,aku baru sahaja bersalin anak ke empat pada 2 bulan lps dan telah di ceraikan oleh bekas suami 2 minggu sebelum aku bersalin anak ni gara-gara rumahtangga aku disondol anak dara yang dah janda min (paham-paham).
Alhamdulillah, aku tak rs sedih pun sebab tak sanggup dah sekongkol dengan dosa zine maksiat dorang. Dorang skandal dari tahun 2011, masa tu ex bertugas di LIMA Langkawi. Perempuan tu perempuan kete sewa airport min,aku x sangka dia sewa skali pakej sampai laki aku x balik rumah. Perempuan tu kerap turun KL depa check-in merata kat hotel sekitar KL min. Jangan kata gambar berkemban selfie atas katil malahan video depa masuk bilik hotel pun aku ada min. Aku sabar lagi sehingga kemuncak aku failkan penceraian pada tahun 2014 sebab aku x tahan dah.
Selain dari tak balik rumah, nafkah ke laut, aku dan anak-anak kena pukul kena maki tiap kali dia balik. Nak lagi telenovela cite aku ni, Ex aku adalah anak kesayangan mak bapa dia min. Syurga di bawah telapak kaki ibu. Bekas mertua aku pernah suruh aku bagi anak sulung aku untuk dia jaga. Aku tak setuju sebab bagi aku tu tanggungjawab aku. Akhirnya Ex aku bawa anak aku lari ke Sabah masa aku tugas outstation. Bayangkan min, anak aku baru 7 bulan masa tu, aku pula baru 1st time tinggalkan dia sebab tugas. Ex aku pula memang PJJ dengan aku dari kahwin.
Masa aku nak jemput anak aku kat Sabah, bekas mertua aku panggil MPV datang rumah min. At last, mertua aku letak syarat kalau nak anak aku balik aku kene keluar dari rumah family aku. 3 bulan aku pisah dengan anak aku, dalam masa sama aku uruskan rumah dan lengkapkan apa yang perlu. Ex aku? Dia kata dia x ambil tahu sebab aku yang nak jaga anak sangat.
Masa aku failkan cerai kali pertama tu, Dia buat repot kata aku sakit psikitari min. 10 hari aku tersadai kat HKL dengan anak2 sebab dia tuduh aku dera anak sekali. Dia tuduh aku sakit mental, tapi dalam masa sama dia dengan perempuan tu check in kat Hotel Dynasty. Alhamdulillah, Allah swt Maha Mengetahui, aku lepas semua tuduhan termasuk pakar sahkan aku tak sakit mental. Satu malam aku “check in” kat wad psikitari untuk pemerhatian pakar. Bagi aku, tu pengalaman yang tak semua orang dapat.
Lepas cerai, masa dalam iddah, Ex aku merayu-rayu nak rujuk. Aku tak mahu min, sebab aku dah nekad nak bina hidup dengan anak-anak (anak dah 2 orang masa ni) . Tapi dia tak boleh terima kenyataan. Satu malam, dia dapat masuk rumah masa aku tengah solat. Dia masuk bilik then kunci bilik. Dia merayu-rayu tapi aku tetap berkeras tak mahu rujuk. Dia tak dapat terima, di pukul aku, lempang aku dan rogol aku min. Aku nak buat repot tapi dia minta maaf merayu sebab tak mahu gantung baju. Dia cakap kalau baju dia kene gantung, abis masa depan dia. Masa depan dia, adalah masa depan anak-anak juga.
Aku ingat settle kat situ,tetapi tak. Rupanya dia merayu kat family aku untuk rujuk. Dia failkan rujuk kat mahkamah kata kami dah mengadakan hubungan suami isteri. Aku buntu masa tu min. Akhirnya atas desakan family dan demi memikirkan anak-anak, aku pun setuju rujuk di mahkamah. Alhamdullilah,dia berubah lepas tu. Aku plak mengandung anak ketiga. Masa tu kami PJJ juga, dia di Melaka selama 2 tahun manakala aku di KL. Walaupun dia sebagai weekend husband, aku plak terpaksa urus anak-anak sorang-sorang, aku rasa bahagia. Aku syukur dia berubah.
Setelah 6 tahun kahwin, aku rasa itulah nikmat rumahtangga. Tapi rupanya semua tu sementara, Ex aku mula berubah balik. Ex aku tak balik rumah, kerap hilang dan yang paling aku tak boleh terima, dia mula pukul aku dan anak-anak. Kemuncak konflik kami pada tahun lepas, dia pukul aku depan mak bapa dia pada malam tu disebabkan 2 orang anak aku muntah-muntah. Masa tu aku mengandung 4 bulan min. Aku bawa anak-anak aku pergi hospital dan bila aku sampai jam 6 pagi kat rumah, aku tgk dia tidur dalam bilik.
Aku tak ganggu dia pun. Aku terus siapkan anak-anak untuk tidur. Jam 730 pagi aku tersedar anak angkat aku menjerit-jerit dalam bilik air. Aku tengok Ex aku tengah pukul anak angkat aku dalam bilik air. Dia tuduh anak angkat aku tak flush toilet. Anak angkat aku autism min. Aku tegur Ex aku, kemudian dia pun masuk bilik. Dalam bilik aku nampak dia ambil HP aku. Dia check HP aku sampai pukul 830 pagi. Lepas tu dia bersiap nak pergi kerja. Rupanya sebelum dia pergi kerja, dia sempat tumbuk pipi aku beberapa kali sebab dia tak puas hati pasal kejadian malam tu di rumah mak bapa dia.
Akhirnya aku dah tak sanggup nak hidup berumahtangga macam tu. Aku bawa anak-anak keluar pergi buat repot lepas dia pergi kerja. Ex aku kene tangkap tapi dilepaskan dengan ikat jamin polis. Aku bawa anak-anak aku tinggal kat kampung beberapa hari. Ex aku cari kami pastu merayu kami balik. Kebetulan masa aku balik nak ambil baju, Ex aku sampai rumah. Dia tahan dari kami keluar rumah. Dia kata kalau aku keluar dia akan repot nusyuz.
Aku ingat semua akan reda, Aku ingat Ex aku belajar dari kesilapan. Tapi aku silap, Dia aku tetap pukul tetap ugut aku suruh tarik balik repot yang aku buat sampai tahap dia duduk atas perut aku min. Dia kata dia tak kisah apa jadi dengan kandungan aku. Dia suruh aku gugurkan kandungan sebab dia kata dia tak sedia. Syukur Alhamdullilah, Allah swt sayangkan aku dengan anak-anak. Ex aku kantoi bawa kereta perempuan tu balik ke apartment kami. Rupanya dorang dah mula curi-curi berhubung hujung tahun 2017.
Rupanya Ex aku kerap hilang sebab perempuan tu dah dapat jadi pramugari MAS dan stay kat KL. Dorang keluar breakfast, lunch dan dinner sesame. Ex aku plak keje kat subang. Masa sarat, aku sendiri lihat dorang berpelukan makan dengan shopping kat paradigm mall. Klimaks cerita aku, dorang duduk serumah pada bulan 11 tahun lepas di Cyberjaya. Alamat pun aku ada min. Ex aku memang anggau dengan perempuan ni. Perempuan ni sebenarnya dah ada BF dah selepas putus dengan Ex aku dulu. 4 tahun dah dia dengan BF baru dia. Bila Ex aku outstation, dia jumpa BF dia. Aku ada bukti perempuan ni mengaku gugur anak BF di tahun lepas.
Ex aku pun pernah gaduh dengan BF perempuan ni sebab kantoi perempuan tu video call BF dia masa tengah mandi. Paling best, Ex aku tak kisah pun. Akhirnya pada 7/2/19 yang lalu Ex aku lafazkan talak di Mahkamah sebab nak kawin dengan perempuan tu. Aku masih teringat mesej yang Ex aku hantar masa aku tengah sakit di hospital. “ Aku doa kau mati bersalin sorang-sorang”. Alhamdullilah, berkat doa orang-orang yang sayang aku, aku selamat melahirkan tanpa suami disisi aku. Seperti sebelum ni, aku pantang dan urus anak-anak sorang-sorang.
Alhamdulillah, Ex aku dan perempuan simpanannya dah selamat nikah baru-baru ni sebab rupanya perempuan tu pun mengandung. Aku harap, Ex aku belajar dari kesilapan dan insaf berubah menjadi lebih baik dengan perkahwinan baru ni. Walaupun aku yakin kifarah Allah swt itu ada untuk aku dan anak-anak, namun jauh sudut hati aku mengharapkan perempuan tu tak alami nasib seperti aku.
Buat Ex aku, aku minta maaf sebab aku bukanlah isteri yang sempurna untuk dia sepanjang perkahwinan.
Buat bekas mertua aku, aku minta maaf sebab aku bukan dari keturunan yang bagus sebab aku dibesarkan tanpa mak bapa. Buat isteri baru Ex aku, aku doakan agar kau mampu beri kebahagiaan dan kesempurnaan yang di cari oleh Ex aku. Dan buat perempuan senasib dengan aku, aku doakan agar korang tabah dan terus kuat demi anak-anak korang. Ingat, Jangan sesekali letak bahagia pada manusia, letak bahagia pada Allah swt, sebab DIA sahaja yang kekal.
Doakan aku dan anak-anak dipermurahkan rezeki dan dipermudahkan segalanya. Ex aku nak fight untuk hak penjagaan anak-anak sebab tak mahu bayar nafkah. Inn sha Allah, kali ni aku akan fight sehabisnya untuk pegang harta akhirat aku. Doakan kami. .sekian telenovela ni…m




