assalam..mintak di hide kan profile saya min. saya nak mntak pendapat. saya tak tahu dari mana nak mula. Saya ni isteri kedua ada dua org anak hasil dari perkhwinan saya yang pertama. Saya berkahwen kali ini atas dasar cinta bukan pksaan dri mana2 pihak. saya pun dah sedia maklum sebelom berkahwin yang lelaki itu (suami sekarg) berstatus suami orang. Kami berkhwin dalam malaysia. bukan kawen sorok2. istri pertama jugak dah beri kan keizinan.
Memang lah pada awal sukar bagi saya terima untuk jadi istri kedua tapi suami saya jnji macam macam silap saya sebab mudah percaya. Sampai satu tahap dia cakap dia yang dia tak mampu nak sewa kan rumah banyak2 jadi dia ajak duduk sekali bersama madu istri pertama macam2 jugak lah jadi. dan saya sedar. saya hnya menumpang. saya tak dpt nak mntak hak saya lebih2. mana saya nak pergi kalau saya melawan. anak2 saya. Sedar tak sedar,dah hampir 4 tahun kami hidup bermadu dan sebumbung.
skrg Alhamdulillah isteri pertama (madu) makin membaik. Tapi sekarang saya sangat terasa dengan tingkah laku suami saya. mentang2 saya tak boleh nak melawan. saya hnya bergantung harap hidup pada dia. depan mata saya min. istri pertama sakit dia jaga bagai bidadari. saya sakit, dia sikit tak hirau. macam2 perkara ketidak adilan yang dia dah buat. tapi saya rasa satu perkara ni ckup buat hati saya rasa sedih. Dan saya betol terasa hati. Adakah saya patot keluar dri sini atau saya kene bertahan lagi sebab nak kan tempat perlindungan dan makan untuk anak min..mntak pendapt min




