Salam KRT.. saya seorang isteri yang dicurangi sewaktu mengandung n kantoi sewaktu kandungan saya dah 9bulan. Esok lusa nak beranak saya terdetik hati nak bukak whatsapps web suami sebab dia hantar saya kat kg. Alangkah hancurnya hati ni bila tgk dia bersayang2 dengan perempuan lain. sampai saya berkurung dlm bilik 3hari tak makan. Firasat saya dh lama dh cakap ada something wrong antara dia ngn ppuan tu. Allah tunjuk sikit2 smpai tergerak hati saya nak buat whatsapp web tu. Tapi dia pandai, lepas chat, masa tu jgak dia delete.. mungkin takut tak ingat nak delete kot. Tapi dia ckp setakat wasap dkt opis je. TAKde keluar dating pon. Yang tu myb betul sebab saya ad buat Life360 n bleh tgk dia kat masa. Dia ckp semua tu jd tiba2 n start masa puasa baru nim je.
Saya tak sangka suami yang saya bangga2kan selama ni yang saya cuma bergantung harap hanya pada dia sorang je sebab ayah saya dh lama tak ada n ibu saya meninggal 3bulan sebelum kami nikah. Saya rasa masa depan terjamin je sebab bleh bagi dia anak selepas setahun kami kawin n skrg anak kedua dah keluar dh. Saya hampir membenci anak kedua saya sebab keadaan saya yang mengandung membuatkan dia menagih kasih dengan perempuan lain dia ckp isteri org lain pon mengandung jugak tapi boleh je layan suami dia
Saya ada kelulusan ijazah tapi disebabkan dh kawen saya tak kerja sebab dia tak izin. Dia bagi nafkah bulan2 memamg banyak tapi saya tak harapkan beribu pon sebulan kalau hati kena koyak macam ni. Saya rela kembali ke zaman mula2 kami kawen yang dia tak punya apa2 pon. Moto pon dia pinjam family dia. Lepas kawen n saya mengandung, ada rezeki dia beli kereta H. Myb sebab H tu yang buat dia lupa diri. Yang buat sedih lg, dia tak mengaku dia salah pon. Dia cakap dia takcurang pon, saya yang salah sebab buat whatsapp web tu. Sehingga lah saya nak beranak, doc cek jantung n nadi semua laju, ok saya happy sebab saya nak sgt mati masa beranak.
Lepas anak dh kluar, muka dia macam sedikit lebam sebab myb tersekat skit masa teran. Dia smpai2 je kat wad, dia salahkan saya anak saya jd macam tu 😔 bukan slh dia. Tapi skrg dia ckp dia dh takde apa2 dh dengan ppuan tu. Dia pilih saya n dia ckp dia sayang saya lg drp ppuan tu. Tapi bagi saya kalau sayang saya, tak akan ad perempuan lain dlm hidup dia. Siang malam saya doakan rezeki melimpah ke atas suami saya. Tapi bila jd macam ni saya dh berhenti doakan dia. Saya rela dia kena buang kerja. Roda ini berputar, sekarang mungkin gaji besar, esk lusa tak tahu lagi. Utk makluman, ppuan tu kerja tempat sekali dengan dia n sebaya saya 26tahun n saya dh pernah jumpa dengan dia waktu pegi makan ramai2. Tapi taksangka lah. Yang taktahu malunya ppuan tu panggil saya kakak
Yang sakitnya lagi dia mngaku dia salah. Tapi, dia pon bersalah jugak kat ppuan tu sebab sakitkan hati ppuan tu jugak. Bagai dihiris2 hati saya masa dia ckp macam tu. Dia rasa bersalah kat ppuan yang takde kena mngena dengan dia. Ya allah
Skrg saya bagi dia peluang. Saya maafkan dia tapi nak lupakan tu belum pasti. boleh dikatakan hari2 saya menangis dalam pantang ni bila teringat dia bersayang2 dengan org lain. Yang saya sangkakan dia hanya sayang saya sorang je.
Saya perlukan pendapat yang positif apa yang patut saya buat. Perlu percayakan ckp dia ke tak. Sebab lelaki kalo curang sekali, dia akan ketagih. Mungkin dia curang sebab badan bini dia dh taklawa selepas beranak pecah2 situ sini Suami saya seorang yang baik takpernah abaikan nafkah zahir batin, duit pon byk saya pgg drp dia. Silap dia hanya 1, curang. Saya masih boleh maafkan dia sebab dia ckp takpernah pgg tgn takpernah cek in hotel pon. Yela myb sebab baru lg kot. Saya sayang dia tapi susah nak lupa.




