Assalamualaikum min..mohon kongsikan kisah ini untuk peringatan lelaki diluar..
Saya telah berkahwin semasa di tahun akhir semasa menuntut di UKM. Isteri pada masa itu baru habis tingkatan 6. Saya berkenalan dengan isteri sejak di sekolah menengah dan isteri saya adalah jiran sekampung di negeri di tengah semenanjung Malaysia.
Perkahwinan kami pada awalnya bahagia. Selepas tamat belajar, selang beberapa bulan saya lulus ujian SPA dan telah diterima menjalani latihan sebagai pelatih di sebuah agensi penguatkuasa di negeri Melaka. Rezeki murah, semasa menjalani latihan, saya mendapat sms..masa itu tiada whataps..yang memberitahu isteri saya mengandung 3 bulan..saya semakin bersemangat menjalani latihan, dan tempoh latihan selama setahun terasa bagaikan sebulan.
Selepas itu, saya ditugaskan di sebuah negeri di utara tanah air. Kerana isteri saya tidak bekerja, urusan perpindahan tidaklah rumit. Atas sebab kerja, saya jarang mendapat cuti panjang, saya selalu meminta isteri untuk pulang sendiri ke kampung selang dua bulan sekali. Isteri pun selalu mengadu jemu duduk di rumah, dan saya juga ada iktiarkan untuk dia bekerja. Tapi dengan hanya keputusan STPM, tidak banyak peluang kerja yang ada di negeri utara ni.
Lagipun saya berkemampuan untuk menyara isteri dan atas faktor itu, saya tidak berapa menggalakkan isteri keluar bekerja. Namun, kejadian bulan Ogos 2018 amat memberi kesan kepada emosi saya, saya balik ke kampung pada malam sabtu untuk menjemput isteri, apa yang mengejutkan saya, isteri tiada di rumah dan mertua memaklumkan yang dia keluar bersama rakan-rakan sekolah.
Apa yang membuatkan saya kecewa dan sakit hati apabila ada rakan saya berkongsi perisian TUM BLR yang jika dilihat dari wajahnya seiras dengan isteri saya. dan sekarang, saya masih dalam delima dan dia bersungguh-sungguh tidak mengaku yang wajah itu adalah dia. semoga kebenaran akan menjelma..




