Slm Admin, ni ha nk bg satu cerita panjang. Tahun baru dating lagi, membuat aku terpikir apa yg dah terjadi tahun ni. Pelbagai kisah suka duka aku hadap sorang. Alhamdullilah, Allah maha adil. Diuji satu dan diberi ganjaran satu..
Well, how do I start?? Hmmm. first of all maybe nak share apa yang jadi kat keluarga aku for year 2018. Kisah ni dah lama berlaku, tapi semakin memuncak pada tahun 2017. Selepas berkahwin, kerana risaukan anak pertama dihantar ke nursery, aku dan isteri sepakat untuk meminta ibu mertuaku menjaga anak pertama. Bila anak dah besar sikit, susah pulak nak ambil dari ibu mertua. K
erana aku amat simpati, mereka (Mak dan Ayah mertua) tidak dikurniakan zuriat. Isteri aku pun anak angkat tunggal. Jadi boleh bayangkan macam mane menatang minyak yg penuh mak ayah dia.
Di pendekan cerita, isteri mengandung lagi dan baby yang kedua ni kami jaga bersama tahun 2015, zaman kecoh orang kena VSS dulu, isteri berhenti keje, menganggur 3-4 bulan. Kemudian dapat kerja di Pantai Timur Malaysia bersama Kerajaan Negeri. Aku memberi keizinan sebab isteri aku ni, kalau tak bagi memang jadi gaduh lah. So bagi dlm keadaan tak rela. Masa berlalu,anak bertambah sorang lagi. 2 tahun kami ber PJJ. Aku makin lama makin depressed sebab jauh dari anak dan isteri, tiada support system dalam hdup. Aku alhamdullilah, tak pernah tak bagi belanja pada isteri. Lebih Kurang RM2,000 – RM2,500 aku allocate bagi isteri sebab anak2 duk dengan dia dan mak ayah mertua. Untuk bayar sewa rumah ke, belanja susu anak2..harap cukuplah..Life aku selama PJJ, pergi kerja balik kerja, hujung minggu balik kampung tengok anak bini.
Mungkin akibat tekanan perasaan, tekanan kerja, makan minum pun tak tentu masa. Aku diserang “heart attack” masa driving pergi keje. So masuklah hospital, hampir m@tilah sebab ada darah beku dalam jantung. Aku pun menjalani proses recovery, doctor suruh aku hidup dengan keluarga supaya aku lebih happy dan bahagia. Dalam masa sama aku pun minta isteri aku duduk dengan aku. Aku sewa kondo utk keselesaan anak bini. Berhabis duit pun takpelah asal semua duk satu bumbung. Bergolok gadai jugaklah utk setup supaya dapat duduk satu family. Nak pujuk balik tggl dengn aku. Sampai sanggup aku kata, aku cuba bayar gaji apa yang dia dapat. Isteri aku ni ada hobby hiking, iyelah…nak sihat katanya. Aku tak berapa setuju sebab tinggal anak dengan mak ayah mertua. Bagi aku tu tak bertanggungjawab. Tapi dia kata sebulan sekali dua.
Apa nk dikata, kang jadi gaduh lagi. Mak ayah mertua pun menyokong. Jadi mestilah dia rasa apa dia buat betul.
Dari trip balik hari, pergi ke trip bermalam.
Aku makin lama makin tak suka. Pasal nak ajak duk sama pun payah, sampai nak kena janji bayar gaji bagai. Pastu berbunyi suruh aku kahwn lagi satu. Apa bangang bini macam ni aku kata kat dia. Aku tak pernah pikir pun nak kahwn lain, hidup aku untuk dia dan anak2. tapi entah nape dia suruh aku kahwn lain. Aku masa tu amat mampu nak kqhwn lagi satu sebab gaji pun dah 5 figures, tapi bagi aku ini tak menyelesaikan masalah. Aku duk pikir, ni semua sebab dia nak lari dari tanggungjawab bantu aku lah tu.




