Slm Admin, ni ha nk bg satu cerita panjang. Tahun baru dating lagi, membuat aku terpikir apa yg dah terjadi tahun ni. Pelbagai kisah suka duka aku hadap sorang. Alhamdullilah, Allah maha adil. Diuji satu dan diberi ganjaran satu..
Well, how do I start?? Hmmm. first of all maybe nak share apa yang jadi kat keluarga aku for year 2018. Kisah ni dah lama berlaku, tapi semakin memuncak pada tahun 2017. Selepas berkahwin, kerana risaukan anak pertama dihantar ke nursery, aku dan isteri sepakat untuk meminta ibu mertuaku menjaga anak pertama. Bila anak dah besar sikit, susah pulak nak ambil dari ibu mertua. K
erana aku amat simpati, mereka (Mak dan Ayah mertua) tidak dikurniakan zuriat. Isteri aku pun anak angkat tunggal. Jadi boleh bayangkan macam mane menatang minyak yg penuh mak ayah dia.
Di pendekan cerita, isteri mengandung lagi dan baby yang kedua ni kami jaga bersama tahun 2015, zaman kecoh orang kena VSS dulu, isteri berhenti keje, menganggur 3-4 bulan. Kemudian dapat kerja di Pantai Timur Malaysia bersama Kerajaan Negeri. Aku memberi keizinan sebab isteri aku ni, kalau tak bagi memang jadi gaduh lah. So bagi dlm keadaan tak rela. Masa berlalu,anak bertambah sorang lagi. 2 tahun kami ber PJJ. Aku makin lama makin depressed sebab jauh dari anak dan isteri, tiada support system dalam hdup. Aku alhamdullilah, tak pernah tak bagi belanja pada isteri. Lebih Kurang RM2,000 – RM2,500 aku allocate bagi isteri sebab anak2 duk dengan dia dan mak ayah mertua. Untuk bayar sewa rumah ke, belanja susu anak2..harap cukuplah..Life aku selama PJJ, pergi kerja balik kerja, hujung minggu balik kampung tengok anak bini.
Mungkin akibat tekanan perasaan, tekanan kerja, makan minum pun tak tentu masa. Aku diserang “heart attack” masa driving pergi keje. So masuklah hospital, hampir m@tilah sebab ada darah beku dalam jantung. Aku pun menjalani proses recovery, doctor suruh aku hidup dengan keluarga supaya aku lebih happy dan bahagia. Dalam masa sama aku pun minta isteri aku duduk dengan aku. Aku sewa kondo utk keselesaan anak bini. Berhabis duit pun takpelah asal semua duk satu bumbung. Bergolok gadai jugaklah utk setup supaya dapat duduk satu family. Nak pujuk balik tggl dengn aku. Sampai sanggup aku kata, aku cuba bayar gaji apa yang dia dapat. Isteri aku ni ada hobby hiking, iyelah…nak sihat katanya. Aku tak berapa setuju sebab tinggal anak dengan mak ayah mertua. Bagi aku tu tak bertanggungjawab. Tapi dia kata sebulan sekali dua.
Apa nk dikata, kang jadi gaduh lagi. Mak ayah mertua pun menyokong. Jadi mestilah dia rasa apa dia buat betul.
Dari trip balik hari, pergi ke trip bermalam.
Aku makin lama makin tak suka. Pasal nak ajak duk sama pun payah, sampai nak kena janji bayar gaji bagai. Pastu berbunyi suruh aku kahwn lagi satu. Apa bangang bini macam ni aku kata kat dia. Aku tak pernah pikir pun nak kahwn lain, hidup aku untuk dia dan anak2. tapi entah nape dia suruh aku kahwn lain. Aku masa tu amat mampu nak kqhwn lagi satu sebab gaji pun dah 5 figures, tapi bagi aku ini tak menyelesaikan masalah. Aku duk pikir, ni semua sebab dia nak lari dari tanggungjawab bantu aku lah tu.
Sebab tu ada orang cakap, perempuan akan diuji ketika sedang susah, lelaki ketika senang. Dipendekan cerita dia berhenti kerja, aku duk bayar nafkah macam dia nak. Mak ayah mertua pun datang duk kat rumah tu berminggu2..aku konon nak buat surprise, iyelah duk kumpul duit nak beli kondo yang aku sewa tu. Dekat nak raya, duk ada lagi sebulan nak raya dia duk mintak duit nak beli baju. Aku pun cakap nnti lagi dua minggu aku bagilah. Dia marah cakap aku patut sediakan dah untuk shopping bagai. Aku cakap lagi dua minggu nak raya shopping lah ape pun. Bergaduh punya bergaduh, biasalah perempuan..asal gaduh mintak cerai..aku masa tu memang nak marah jelah, sebab tak paham bahasa. So cakap memang naik suara je, tapi itu je lah. aku tak pernah pukul pun dia. Jerit tu adalah. Sebab dia selalu provoke aku. Melawan apatah lagi. duk ugut aku nak balik umah mak ayah dia konon nak sejuk kan keadaan.
Aku cakap duk umah suh bincang baik2. Geram aku tak paham Bahasa, last sekali aku jatuh taklik, acah2 je sebenarnya sebab aku ada baca pasal taklik ni kalau tak ade niat nak ceraikan. Tak jatuh. Boleh mak ayah dia tak Nasihat dan biarkan dia keluar rumah tinggal aku dan anak second aku. Punyalah keras kepala, allahu tak taw nk kata apa. Bermulalah episod gi mahkamah, aku cakap tak ade niat. Talak tak jatuh. Tapi mak ayah dia tak bagi aku bermalam dirumah yang dia sewa. Macam aku ni dah bercerai. Boleh pulak cakap aku rasuah hakim lah, bayangkan. tapi tulah, hati kalau dah hitam. Buat lah baik ape pun org tak kan nampak. Bukan nk ungkit, tp mak ayah dia dulu susah, kereta pun tak ade. Bila aku dah kahwin dengn anak dia, aku jaga semampu aku lah. Sebab tu rezeki murah bab duit. tapi semua tu dah tak pandang. ayah mertua aku punyalah marah, sebab aku cakap kat dia. Isteri aku kena taat dengan aku, kena dengar cakap aku. sebagai ayah, patut menasihatkan dia. Benda2 gitulah. sampai satu tahap, nak balik kampong tido hotel sebab nak bermalam dengan anak isteri. punyalah zalim..
Last skali bercerai lah sebab aku rasa aku je yang duk asyik nak selamatkan rumah tangga. Kalau macam ni, baik aku cari perempuan lain yang boleh duduk sama2 dengan aku. So lepas bercerai aku jumpa sorang ni tunang tapi jodoh tak ade kot kami putus sebab tak serasi Aku jenis yang plan and organize hidup. perempuan tu jenis yang follow the flow. So aku dengn dia sepakat putus. Lagipun anak2 mengharapkan mak ayah dia bersama. Aku teruskan usaha nak pujuk, tapi bekas isteri aku dah ada bf orang hiking gak. Zaman2 naik bukit dulu kenal. So aku malas nak assume apa, apa dosa yang dia buat. silakanlah jumpa aku di akhirat nanti. Dosa nusyuz keluar rumah tanpa izin tu pun nanti jawab kat akhirat.
Tujuan aku share, untuk para lelaki/suami/Ketua rumah tangga amik iktibar. Betul kita nak elak pergaduhan, tapi kita kena tegas. Bab anak kita kenalah jaga…jgn risau, Allah lindung insyaAllah… Silap aku, aku tak bagi didikan agama. Supaya dia faham dosa pahala. Dan bila dah nasihatkan, mungkin terlambat. Dan pada yang nak berkahwin, carilah ibu bapa mertua yg ada didikan agama yg kuat. Bkn jenis lagha, duk tgk TV sampai pagi buta. Solat pun tidak. Sebab kalau taw hokum, insyaAllah semua ni tak jadi. Tapi wallahualam, aku harap korang dapat amik iktibar apa yang jadi kat aku.




