Salam admin, tolong rahsiakan nama saya. Saya cuma nak kongsi kisah sedih saya. Saya dah kahwin sejak 8 tahun yang lalu atas dasar suka sama suka. Rumahtangga kami agak bahagia sehinggalah setahun selepas itu isteri saya melahirkan anak pertama kami.
Kisah malang ini bermula apabila anak yang dilahirkan itu kurang sempurna atau dalam erti kata lain cacat sebab anak kami menghidap penyakit Cerebral Palsy membuatkan pergerakannya terbatas.
Pelbagai usaha saya dah buat, mendapatkan rawatan di hospital, berubat secara tradisional, namun kecacatan anak saya tetap sama, sehinggalah akhirnya saya redha dan terima dengan takdir itu namun isteri saya agak sukar menerimanya dan malu dengan anak kami. Dia sering menyalahkan saya dan juga keluarga sebelah saya sebagai punca kecacatan anak kami malah seringkali mengatakan yang saya tidak ambil berat tentang anak saya, sedangkan sayalah yang sering membawanya ke hospital, hantarkannya ke sekolah dan sebagainya.
Disebabkan kecacatan anak pertama saya ini juga membuatkan isteri saya fobia untuk mengandung lagi. Saya faham perasaan isteri saya dan tidak pernah memaksanya untuk mengandung lagi. Namun dia seringkali berasa sedih dan cemburu setiap kali melihat keluarga kawan-kawannya yang mempunyai anak yang ramai dan sihat sempurna tubuh badan, sedangkan kami hanya ada seorang anak itupun anak yang cacat.
Untuk menghilangkan rasa sedihnya, dia sibukkan diri dengan bekerja dan melakukan pelbagai aktiviti luar. Kerana tidak mahu menambah kesedihannya, saya bagi lebih kebebasan kepadanya dan biar saya yang lebihkan masa jagakan anak. Walaubagaimana pun dia masih tetap marahkan saya, tetap salahkan saya. Bila berlaku pergaduhan, dia akan mengungkit hal yang sama, menyalahkan saya, menyalahkan ibu bapa saya, sama ada di temptat tertutup mahupun di depan orang lain.
Sehingga ada satu masa, dia pernah minta saya lepaskan dia kerana tidak tahan lagi dan tak sanggup nak menanggung malu. Malah pada masa itu juga ada seorang lelaki lain yang cuba menangguk air yang keruh dan mengambil kesempatan atas konflik rumahtangga kami cuba untuk memujuk rayu dan memikat isteri saya. Disebabkan perasaan sayang dan memikirkan anak kami, saya tak sanggup melepaskan isteri saya. Kini sudah 8 tahun kami berkahwin namun saya tahu sehingga hari ini dia masih marah dan menyalahkan saya.
Bukannya saya minta anak yang cacat, tapi itulah malangnya nasib saya mendapat anak yang cacat. Salah saya sebab tak mampu memberikan anak yang sempurna pada isteri saya. Pesan saya kepada ibu bapa lain, kalau dapat anak cacat, kedua ibu bapa perlu terima dan redha, kena sama-sama bantu membantu dan bagi sokongan moral untuk membersarkan anak.
Kalau satu pihak je yang redha, satu lagi tak terima dan malu, susah nak besarkan anak OKU dalam keluarga ini. Kalau tidak jadilah macam saya. Seringkali dipersalahkan dalam apa jua hal, malah bawa anak keluar berjalan pun boleh jadi isu dan saya boleh dimarahi hanya kerana isteri saya berasa malu orang lain memandang anak kami dengan pandangan mata yang jelek. Maafkan saya sayang sebab tak mampu memberi zuriat yang baik buat awak. Maafkan saya kerana membebankan hidup awak selama ini. Maaf, saya dah penat. Mungkin, lebih baik jika saya mati sahaja. Mungkin barulah isteri saya akan puas dan boleh move on dengan kehidupan.





December 29, 2018
Assalamualaikum..encik ank adalah anugerah dari Allah utk kite..byk pahala bile jaga ank yg kurang nasib..saye faham keadaan en dan jge isteri.. tapi apelah dosa si anak sehingga. Dipelakukan sedemikian rupa… en dan isteri ingin kn chaya mata yg sempurna.. si ank juga tk diminta utk dilahirkan begitu…Allah adalah perancang sebaik2Nya… sye juga mempunyai ank yg kurang sempurna..pada awal nya mmg tk bole terima tapi hati seorang ibu mustahil tk syg kan ank nue… cuba lah en pujuk dan nasihat si isteri ,,sye juga doakan.isteri encik akn berlembut hati utk meneri ank syurga kalian..