Salam semua. Aku ni dah masuk 4hari bergaduh dengan laki aku. Tak bertegur tak pandang muka, bemasam muka. Dah 3 malam laki aku balik lewat-lewat malam. Sabtu hari tu lagilah, seharian dia tak balik rumah. Aku tak tau dia tido mana. Tak tinggal duit, lauk pun takde kat rumah. Mujur la ada telur sebiji dgn ayam 2ketul aku gorengkan bg anak aku makan. Duk tunggu dia balik tak balik sampai la ke malam. Bila dah tengah malam aku wasap dia cakap sampai hati tinggalkan anak bini seharian tak makan tak tinggal duit makan Pastu dia reply jangan cari pasal dengan dia’, pastu dia cakap ‘ aku tak tau kenapa aku benci dengan ko’. Aku cakap ‘benci aku tak apa, tapi jgn benci anak-anak’
Hari ni dia cuti, langsung juga tak becakap dgn aku. Dah macam orang bod0h dah aku rasa. Punca gaduhnya, dia ajak aku balik kampong. Tapi, aku cakap kat dia aku tak ada mood nak balik kg sekarang.. Dia marah sgt kat aku lepas aku cakap macam tu, terus dia bahasakan ‘aku kau’. Dia cakap dia benci aku. Aku taknak balik kampong sebabnya aku terasa hati dgn kakak dia yang up status ckp aku ni manusia bod0h sombong. Kuat meroyan dan macam-macam lagi. Puncanya benda yang remeh je. sebab aku tak reply wasap kakak dia. Bukan tak reply, tapi.. tak sempat reply sbb masa tu aku tengah dlm pantang, kadang sempat baca, pastu tiba-tiba anak dah nangis. Pegang phone kadang2 tertidur. Bila aku terjaga tido buka status wasap. Tup tup, kakak dia up status cakap kat aku bukan-bukan.
Takkan pasal aku tak reply wasap pun beria marah sampai macam tu sekali. Aku ke kau yang meroyan sebenarnya? Lepas aku baca status kakak dia tu, satu apa aku tak reply kat dia. Aku buat bodo sampai hari ni. Sakit hati, terasa hati sampAi hari ni (2bulan lebih dah). Bila aku cerita terus terang kat laki Ku yang aku terasa hati dgn kAkak dia, dia tetap juga ajak aku balik kampong. Serabut kepala aku ni. Takkan aku balik umah dia nak hadap muka kakak dia tu. Buat pengetahuan ni bukan pertama kali kes macam ni jadi pasal adik beradik dia.
Sebolehnya aku taknk sorang pun family dia ada dlm socmed aku. Buat pengetahuan jenis dorang ni suka screenshoot status orang,lepas tu sampaikan pada yang lain. Tapi, tu la silap. Aku ingat kakak dia ok tak macam yang lain. Menyesal aku save no kakak dia. Rupanya sama je mulut. Sekarang ni pasal isu adik beradik ni dah 4hari kami gaduh. Masam muka tak becakap. Sampai laki aku benci kat aku. Aku salah sangat ke yang taknk ikut dia balik kg sebab terasa hati dengan kakak dia tu? Berdosa ke aku? Ingat Aku ni tak ada perasaan ke? Kakak dia yang buat hal, aku jugak yang kena tempiasnya. nasib seorang isteri.




