saya nak cerita tentang ex wife saya ni..saya dgn dia dah bercerai 4 bulan lebih dan ex wife pun dah bertunang masa dalam iddah sebulan..kitorang bercerai pun sebabkan ex wife yang beria suruh ceraikan sebab dah tak bole nak hidup dengan saya. sebab saya masa tu tengah betul susah kan. saya fikirkan anak yang masih kecil dan saya tak nak bercerai tapi dia nak jugak bercerai. pastu saya datang jela mahkamah lepaskan cara baik sebab ex wife terlalu beria nak bercerai.
Tapi bila dah selesai bercerai si ex wife selalu tnya pasal nafkah anak sedangkan saya hanya tolong mak di kedai makan gaji kecik ada juga cuba cari keje lain tapi belum dapat tapi si ex wife ni jenis tak faham asyik desak mintak duit padahal dia sendiri beria nak bercerai sangat. dia sendiri yang buang saya..pastu nak g mahkamah bagai nak ugut katanya nak sumbat sya dalam lokap la atas nafkah yang tak diberi. dah la tak bagi langsung saya jumpa anak saya. anak perempuan pula tu umur 9 bulan.
Mohon pencerahan dari spe2 apa perlu saya buat?kalau saya upah peguam tuntut hak anak boleh ke. yela dari anak saya tu duduk dgn ex wife tu dengan tgok mcm tak bole jaga je. lagi2 tahun depan ex wife dah kawin baru. lagi satu saya takut anak saya tu terabai. dan sya nak bagitahu belum ada lagi surat mengatakan anak tu hak jaga kat ex wife. sekian luahan saya