Salam min n warga krt, aku saje nak luah kat sini,hari ni aku memang betul2 rasa nak marah kat wife aku min, ada ke patot cincin kawen yang aku bagi di jual…sebelom ni dah banyak kali die pergi pajak kan, diam2 aku pergi ambik tp last2 jumpa jugak, kalau die pajak duit tu untuk kegunaan yang penting takpe ni ta. banyak kali dah di pajak kan cincin tu,aku malas nak ambik aku pergi je bayar bunga, sebab aku tahu lau aku ambik hari ni 3 4 hr akan datang die pergi pajak lg,sekarang cincin tu dah takde,die boleh tanya aku “awk marah saya ke” mau aku tak marah. Kalau ikotkan hati aku min hari ni jugak aku nak pergi kawen lain,dah cincin tu di boleh je jual ape guna aku kekalkan kesetiaan umh tangga ni, takpela min sampai sini je. harap min sudi la siarkan ye…
Salam min, kat sini aku nak perjelaskan la yang kisah aku pos hari tu pasal bini aku jual cincin kawen tu kan, ramai yang duk kecam nafkah tak cukupla ape la kan…ok macam ni aku tahu pun bru je lg,tu pun pasal aku tanya cincin awk kat mane,ye ye je die jawab ada kat pajak,aku pun sambung lg nak cakap pasal cincin tu die mengelak pastu buat2 muka manja,ok stop je kat situ…esok aku tanya lg aku mintak no phone pajak gadai mase tu la baru die jawab jujur,aku buat2 rileks jela sebab die baru keluar dari penjara,aku sabar malas gaduh….
sekarang baru je keluar dah nampak sikit2 tanda2 nak buat perangai balik tp sekarang cume die takot sikit sebab kebebasan terhad dgn peraturan undang2,die dah buat hal tp tetap nak sembunyi kat aku,aku malas nak cakap banyak aku nak tengok kali ni jauh mana permainan die,mase die kat dalam die hantar surat kat aku,aku tak layan sebab aku tahu semua tu plastik je, last sekali die kol aku tapi time tu aku tergerak hati nak angkat, die pun merayula mintak bg peluang utk die,aku terpandang anak aku tibe2 aku jd lembut sbb aku fikir kesian kat anak aku…tak cukup dengan tu die siap pesan lg setiap kali orang keluar dari penjara tu suruh kol aku,malu lak aku nak menjawab seolah olah aku takde tanggungjawab tak hiraukan dia,tp sekarang tengokla tak pernah pun berubah. aku kadang2 malas nak fikir,bila aku tanya “kau nak kawen ngan orang lain ko ckp jela” tapi yeye jawab tak.
wife aku terlibat dengan penagihan,lari balik umah mak die tinggal aku dengan ank2. masuk pusat pemulihan, masa kat pusat mintak aku beri peluang,aku pun beri peluang, balik tinggal dengan aku ok kejap tp pasal rumah tangga memang dia tak pernah ambik kisahla anak2 ke semua aku urus die macam patung je, tak lama lepas tu start buat hal balik, balik rumah mak dia jadi balik perangai asal,susahla sikit mak dia percayakan anak dia lagi semua yang tak kena dia pd aku, tuhan nk tunjuk sekali lg masuk penjara masa tu aku dah tak ambik kisah dah,dia tulis surat kat aku tp aku tak balas cuma aku pesan je kat family die. Tapi satu hari ada no pelik tak pernah naik kat phone aku kol,aku terus angkat tibe2 aku dengar suara die, mase tu aku buat2 tak tahu,tp die merayu2 mintak di bagi peluang lg aku tertengok anak aku kat tepi masa tu jd hati aku tibe2 terdetik untuk beri pluang walaupun dalam hati aku ni perasaan ragu2 lg kuat yang mengatakan die ni plastik.
aku tak pernah pergi jenguk dia masa die kat sana sebab aku malas dah bazirkan masa aku,aku kol pihak penjara aku cakap dengan pegawai kaunseling dia, pegawai tu pun cakap wife aku tu macam kurang ajor cakap pun lebih kurang ngan die kat situ pun aku dah tahu, stopla sampai tu kisah tu, sekarang die dah keluar tp belum bebas sepenuhnya sebab bebas bersyarat, ditakdir pihak berwajib tak dapat hubungi seorang pun keluarga die jd die kol aku, aku pun wakilkan sorang family aku pergi ambik,balik hari pertama jumpe aku 5minit lepas tu terus kena balik rumah mak die, tapi kan hari pertama die dah start drama dah pergi jumpa geng kroni die, die buat aku ni macam tak tahu aku tanya ye ye bersumpah tak jumpa siap cakap bersumpah keluar islam lg.
sekarang pun drama masih lg berterusan bila aku tanya die pulak marah aku cakap aku suke main prasaan menuduh2la,aku dah masak ngan perangai die, dah 3 tahun lebih die buat perangai macam ni, time aku nak pergi sane duk rehat2 die duk cakap aku tahu nak bersama je (faham maksud die kan) aku ni tak sangap lg la kalau aku ni nak sgt bertahun die buat hal dah lama aku pergi cari lain tp aku sabar sbb aku kena fikirkn anak2 aku, lgpun bukan senang orang nak terima status aku ngan anak yang masih kecik dan tengah mengganas, aku pernah tanya “kalau betul kau dah taknak aku terus terang je takyahla nak drama” tp die tetap cakap nak,bile aku tanya banyak2 die duk cakapla serabutla ngan aku,takde guna simpan aku,bila aku keluar je ayat “kenapa kau cari aku masa kat sane,kau duk kol aku tulis surat” lepas tu mula la die alih topik,mungkin satu sebab je die buat macam tu sebab die tahu aku sayang die aku akan ikot semua kehendak die,dah segalanya aku habiskan untuk die walaupun bukan yang mewah2 tp die tak pernah bersyukur,sepanjang kawen aku rasa tak sampai sepuluh kali pun salam tangan aku. aku pun tak tahula kali ni berapa episod lg drama ni akan berterusan,aku pun dah letih aku sendiri tak tahu sampai bila aku boleh bertahan.
masalah die sekarang bila aku malas nak fikir pasal die bila aku dah buat hal dengan anak2 aku die akan muncul bila aku layan balik kejap je ok pastu datang lagi perangai die,sekarang kerja die nak cari salah aku je,bila aku tanya kenapa time kat penjara hari tu cari aku merayu2 lepas tu pandai plak dia putar cerita ke lain nak elak dari jawab semua tu….lepas ni ape drama lagi nak buat aku pun tak tahu, Agaknya kisah aku ni kalau aku tulis mungkin boleh jadi novel…silap2 boleh masuk drama tv3 dengan tajuk isteriku dari neraka..tajuk utama die pun elok bg trus die berlakon, tak pela min smpai sni saje. aku post ni pun cume nk perbetulkan kakak2 n mak cik bwang yang duk pertikai nafkah je tq min harap sudi siarkan