Assalamualaikum min tolong aku min aku tengah stress ni tak tau la tahap apa dah. Pasal adik2 ipar aku yang pakai niqab ni aku tak paham la dengan dorang ni.. Suka dengki dengn aku.. Kedekut nak m@ti.. Ko byangkan dorang ni tak suka tengok aku makan apa2, beli apa2 nanti semua cepat je ngadu fan dengki kat mak mertua aku. Aku dah la tengah tak ade duit, gaji suami tak ade lagi, aku beli megi semalam.. Ada dalam 3 bungkus lagi, aku simpan kat rak dapur.. Pagi ni aku tengok dah tak ade. Aku cari2 upa nya dalam tong sampah. Dia dh buang semua.. tak tahu la aku. Anak2 aku dah la lapar, tengah nak makan pagi ni tak ade dah.. Aku pening kepala nak pikir..
Bayangkan beras, sabun basuh baju dorang sorok, sampai penyapu pun dorang sorokkan.. Mop pun dorang sorok.. Aku tak tahu la jin apa ada dalam badan dorang… Benci betul dorang dengan aku dan anak2. Mak mertua aku pun memang selalu tak ade kan, oversea.. Pastu makanan dalam peti ais dorang siap tulis semua “JANGAN MINUM HAR4M” ko ingat aku nak makan dan minum ke makanan ko tu.. Kata belajar agama tapi serupa tak ade otak dah… Dorang makan coklat la keropok2 la depan anak2 aku pastu dorang gelak2 je tengok tv. Anak2 aku datang kat aku nangis2 kata nak coklat.. Mana aku ada duit nak beli dan nak bagi anak aku sume tu..
Anak2 aku ada 5 orang. Aku stress sangat acam apa entah dorang layan anak2 aku bila akan depan2 saja nak tunjuk2 sume coklat mahal2.. Oversea punya… Sebab mak mertua aku slalu terbang pergi negara orang. Pastu dorang slalu makan mcd, kfc, pizza pun saja tunjuk kat anak2 aku.. Anak2 aku sampai dah tahu dah.. Anak2 aku sume bile dorang makan ke apa ke dah tak heran sangat, dorang buat hal dorang je. Cuma yang kecik2 susah sikit nak paham.. Kejam tak dorang.. Aku tengok dorang tu baca quran, mengaji kitab pastu solat nangis2 tapi buat macam tu.. Kenapa ye? Aku jadi benci pulak tengok dorang macam fake sangat.





December 24, 2018
Inilah spesies islam pada penampilan, spesies hati busuk tapi menyembunyikannya disebalik jubah/niqab.
Semuanya TOPENG. Dah ramai jumpa spesies begini