Assalamualaikum, disini saya nak kongsikan kisah hidup saya, Hasil perkahwinan pertama saya mmpunyai dua orang anak, pertama perempuan (4tahun), kedua lelaki (1tahun) bermulah kisah saya dengan ex husband, Pada 2011 saya mula berkenalan dengan ex husb saya masa tu saya bekerja dengan mak saya, dalam bidang kecantikan(spa) kedai ditepi jalan, kebetulan dia lalu naik moto. jadi saya panggil dia masa tu lah kami bertukar number phone (ex husb kawan lama) jadi keraplah bermesej , masa tu saya tak de kenderaan pergi kerja dan balik kerja jalan kaki saja..ex husb ni lah kerap jempot dan ambil saya..mula pada tu saya hnya nak berkawan saja lepas nampak dia macam banyak tolong ,dan ade bila saya susah saya jadi suka kat dia. sampailah 2012 kami bercinta, saya dan ex rancang untuk berkahwin tapi dibantah oleh ayah saya sendiri atas sebab2 ex isap ice, kaki judi,mer0mpak..
saya sangat sedih masa tu ikotkan hati yang bergelodak saya terlanjur atas alasan kalau saya mengandung mungkin saya boleh kawen dengan dia tapi tak juga lepas saya maklumkan pada org tua saya masa tu mak sangat2 lah kecewa dengan sikap saya abah sekeras2 nya tak mahu nikah dan menjadi wali saya. dia minta saya gugurkan kandungan saya, masa tu saya hampir2 dah nak gugur sebab pikirkan perangai ex tu makin menjadi2, tapi sayang sangat kat bby yang tak tahu apa2 ni jadi saya pergi ke thailand dengan ex dan bernikah disana..dan balik disini kami buat majlis sanding jadi org tak tahu yang kami kawen di thailand.. masa tu gembira tersangatlah sebab dah jadi milik dia..mak saya pun slow2 boleh terima dia sbgai mnantu,abah still dengan ego dia ttap tak boleh terima saya faham perasaan abah tu bapak mana yang boleh terima anak kawen dengan org sedemikian rupa..
setelah hadapi alam berumah tgga, perangai suami still sama dengan ice dia saya hari2 bergelumang air mata, mgkin ni nasib saya tak dengar kata2 mak abah, smpailah masa saya nak bersalin, saya kol abah minta datang tgok dan mohon maaf dia hnya letak, saya sedih sangat2 masa tu. Lepas bersalin mak mertua ajak pantang rumah dia jadi saya pun pantang lah sana, tak sampai 3 hari kat sana pun bayangkan masa saya pantang urus anak sendri ex pergi balik rumah sewa isap ice dengan kawan2 dia bila saya kol tak angkat , ade 1 masa tu saya minta dia kuakan wet gaji dalam bank saya untuk beli susu pampers anak bila balik duit 1sen pun tade padahal dah ambil masa tu saya mngamok bagai nak gila masa dia balik saya tak nmpk susu, pmpers n duit saya sebab tu la satu2nya gaji yang nak hadap smpai hujung bulan pula, dia mngaku dia main mesin , ALLAHUAKBAR dugaan betul , mak mertua pula masok bilik sebelahkan ex tu kata saya meroyan dekat sedara mara dia, yang tak tahu cerita mmng lah akan dengar kata mak mertua ni..
saya wat keputusan saya nak pantang sendri , selepas seminggu bersalin ex ni buat hal lg kalini lebih sakit lg tengah pantang dia bawa kawan2 masok rumah masa tu saya tgh tido dengan anak dalam bilik, saya terjaga nak ke bilik air tergerak ati nk buka bilik belakang, rupanya dia dengan kawan2 tengah sedap isap ice ya rabbi masa tu tuhan je yang tahu, saya terlalu geram saya sendri yang kol polis minta dia tngkap mat2 dadah ni, lepas polis datang dia mmng pandang darring kat saya, saya kol mak dia beritahu anak dia kene tngkap atas alasan isap ice mak dia kata ni mesti bini dia punya kje kol polis (mmng ia pun) dan saya menafikan. mak dia minta duit pada saya untuk jaminan polis saya tak bg sesen pun pada dia. masa tu dah nekad nak bawak anak kua dri umah tu then cerai, sebulan juga lh saya duduk dengan mak saya, mulanya tak makan pujuk rayu dia..
ade 1 masa dia nak tgok anak masa tu lah dia menangis depan saya kata nak beruah semua, saya pun balik dengan dia semula..tapi tulah hnya beberapa hari saja dia buat balik pngai yang sama tapi kalini kat tmpat kje pula, dia kata nak ot naluri saya kuat mngatakan yang dia tak ot jadi saya kol kawan opis dia saya tnya, kawan dia kata harini tak ade ot, saya wassap dia soh balik juga ,kalau tak balik saya sendri akan pergi ke tempat kerja dia, dia pun balik, sampai je dirumah saya minta tlg dia massakkan air panas untuk saya mandi sebab dalam pantang kan tak boleh angkat berat2 jadi saya minta tlg dia, dia terus tarik rambut saya, heret saya masuk bilik tampar muka saya smpai ade pendar*han dalm telinga(sebulan gak pekak) masa tu tak pikey ape dah terus amek anak lari gi kedai maki saya, mak terus ajak buat report settle report dia mesej siap kata ak tak takot lgsong ko nak report bawak seberapa ramai polis tu ak hadap..
saya pun tggal dengan mak saya..saya pun pening fikir sebab nak bercerai pun susah sebab kawen di thailand jadi mcm mana pun saya terpaksa berbalik semula pada dia, kami sewa rumah jauh skit pada mak dia.. rezeki anak mungkin saya dapat duit insurance masa tu jadi duit tu lah kami buat deposit rumah saya beli kereta, beli handphone , beli perabot dan peralatan dalam, rumah dan alhamdulillah juga tmpat keje saya amek dia kje, jadi apa2 saya tahu dalam masa dia kje sebab kje sama 1 tmpat..dalam masa 3tahun tu mmng masalah je lah dengan dia walaupon kje 1 tmpat dia dri awal kawen smpai lah masok 2 anak tak pernah tnngung sesen pon nafkah zahir anak2 semua mmng akui saya gaji lg tggi dri dia tapi skit pun tak hulur, yang kua pada mulut dia ak tade wet, mane tak nya ice tak sudah2 gaji je abis lm masa sehari , kete umah saya yang bayar..azabnya hdup dengan dia masa ni..
sampaila saya disahkan mdengandung anak kedua pada 2015 dan ini lain pula perangainya masa mengandung tu lah hari2 pas balik kerja memancing mak dah pesan tggu bini lepas abes bsalin baru la pancing dia tak dengar juga , bukan takat mancing,siap minum,ice,judi mmng tiptop la perngai serba serbi ade.. saya mcm biasalah g kje blek kje amek anak, mmng dia takde masa lngsung luang masa dengan anak, blk kje terusd siap2 mandi amek pancing kua..smpai 1 tahap saya dah rasa nekad bebetul2 nak bercerai n dah takde hati lngsung dengan dia ,bayangkan nak bersama pun takde hati smpai dia marah kat saya tak jalankan tnggungjawab saya layan dia.. saya tak endahkan sebab saya mmng dah tak nak..
saya buat2 baik dengan dia minta daftar perkahwinan kat sini sebab nnti nak daftar nama anak kedua ni susah pula takot jadi benda yang sama macam anak pertama, jadi dia ikotkan tapi susah juga la law dah nama urusan ade sngkot paot dengan dia ni..yang lawaknya masa dalam mkhamah hakim tnya kenapa kamu bawak lari anak org nikah di thai kamu tahu salah?? dia boleh jawab saya yang bawa lari dia habis 1dewan tu gelakkan..law nak tau ex ni jenis lembab skit law tgok pada gaya nampak mcm lurus bendul tapi licik ya amat..dah settel bab daftar kami pun kenelah denda sorang 2k minta rayuan jadi 1,800 sorang. jadi lepas je kua surat nikah sini saya pegang smpan elok2 sebab dah pkey abes2 bsalin je nak terus wat permohonan cerai pula..
may 2016 saya bersalin saya,masa tu bukan dia yang masok dlm labour room.. mak saya yang temankan saya smpai ke sudah , mak mertua jgn katalah mmng tak datang lgsung tgok saya..ms minta azankan baru datang si ex ni nak azankan pun boleh tnya mak saya mcm mana nak azan..saya pantang rumah sendri sebab tak nak kejadian sama berulang..dalam masa pantang tu bulan puasa, dia kerap alasan pergi buka rumah mak dia takpelah saya tak kesah sebab masa tu mmng dah tade ati 100% abis je pantang saya terus failkan cerai..saya kua pada rumah tu abes brg semua saya angkot kua yela beli semua pakai duit saya sndri,bapak dia boleh tengking saya kata keluar rumah bawak brg2 tak beritahu dia, dia ingt anak dia ke yang kua wet beli brg semua kete moto anak ko g kje pun ak punya.. adoii, dia terkejut dia merayu kat saya tapi masa tu mmng dh tawar ati apa dia kata 1 pun saya tak kesah..saya abaikan dia saya g blk kje n pkey anak2.. dok dengan mak..
bnyk kali dia pujuk saya tak heran lgsung saya dah nekad..saya failkan fasakh sebab atas alasan2 yang ade sangat kukuh siap bukti report,bukti2 pmbayaran dri tahun 2012 smpai 2016..dia pun sanggup tggal kami anak beranak kerja jauh sedangkan dia tahu anak de dua saya nak uruskan dengan yang kecik lg,masa tu lg kuat la saya mmbenci dia , dia lgsung tak mmbantu tau blk kje tido tgok tv, anak mrengek dijerkah nya anak tu..dalam berwassap minta dilepaskan akhirnya dia lafaz, tapi ttapi tak boleh juga kene tggu dia balik malaysia dan kami terus mohon fast track, masa bicara tu hakim tnya betulkah kamu tak mmberi nafkah kepada isteri dan anak2 dia hnya menunduk..smpai skrg dia tak dapat terima dan asek kacau saya minta balik dengan dia. Dan saya tengon dia dah banyak berubah. Saya akan cuba pujuk ibu ayah untuk terima dia. Doakan semuanya dipermudahkan..
ADMIN MINTSA HIDE KAN PROFILE SAYA TQ .




