Kisah rumah tangga saya bermula awal perkahwinan dengan isteri perkahwinan 9 tahun dan mendapat zuriat 4 org kesemua nya perempuan. pada 2 tahun lalu saya pernah meminta seorang anak lagi dan saya berharap sangat ingin anak lelaki, bila saya kata pada isteri saya ingin anak lagi kalau boleh biar la lelaki kali ni. tiba2 isteri saya marah2 dengan nada yang sangat tnggi langsung tak fikir jiran tu dengar ke tak. saya cakap elok2 tak perlu la marah2 ni hajat saya teringin hendak anak lelaki sebab kawan2 sedara mara adik beradik semua ada anak lelaki.
isteri cakap saya ni penting kan diri sendiri apa beze anak perempuan kami semua nya sempura cukup sifat. saya berdiam saja tapi tak sngka pula pergaduhan malam tu berpanjangan sehingga 3 hari.
saya dengan malas nak layan saya kata sekurang2nya awak anak ramai ada suami bukan saya minta benda bukan2. awak nak ke jadi janda? terus dia tampar saya kata cerai la saya.. saya cabar awak.. saya betul2 tercabar dek kerana mulut dia tu akhirnya selang seminggu kami sah bercerai talak 1.. lepas edah saya terjumpa dengan pasangan hidup baru saya sekarang alhamdulilah allah dengar pemintaan ku selama ini yang ingin mempunyai zuriat lelaki, bukan 1 tapi 2 (kembar).. bila cuti sekolah anak2 4 orang dengan bekas isteri akan duduk dengan kami. tiba2 anak sulung saya kata daddy umi hari2 nangis kadang2 umi marah gambar dady, umi cakap umi tak kahwin lagi sebab umi nak tnggu dady.. umi sayang dady.. jujur hati ni memang sedih tapi bila mengenang bekas isteri yang angkuh dengan kata2 nya dalam sekelip mata rumah tngga yang di bina musnah.




