Salam admin dan semua pembaca..hide profile fb ye.. sebelum kawin aku angankan seorang suami yang boleh imamkan aku, yang betul beragama tanpa aku siasat dengan lebih lanjut, rupanya aku telah berkahwin dengan seorang lelaki yang langsung tak menjaga agamanya.. hancur luluh hati aku setiap masa mengenang diri tertipu dan kini aku masih bertahan selama 7 tahun..dalam doaku semoga die berubah..
memandangkan anak kami yang sulung dah 6 tahun aku selalu berdoa agar die berubah.. menjaga solatnya.. menjaga puasanya.. Dan ya sepanjang 7 tahun perkahwinan aku bersahur sorang2 dan berbuka sorang2 sedih pedih tak tau sampai bile.. dengan anak2 pun die tak pandai menjaga kate2.. ade je maki hamun.. anak2 yang kecik menjadi mangsa seorang ayah yang tiada ilmu dalam mendidik anak2.. Allahuakbar kesian tengok anak2… kawan2…tolonglah doakan die akan berubah suatu hati nanti..atau aku yang terpaksa ubah haluan hidup aku dengan membawa anak2 dan hati yang hancur ini pergi dari hidupnya..




