Salam min maff ada sedikit error dalam entry tadi. tolong siarakan cerita saya ini sekadar nak luarkan rasa je, umur sy 35 tahun ini. saye sudah mendirikan rumahtangge hampir 3 tahun dan belom mempunyai cahaya mata sy bekerja sepenuh masa di syarikat pelancongan manakala suami saya berkerja freelance dalam bidang pegawai keselamatan kebakaran syarikat swasta di singapura. Alhamduliallah walapun dia hanya berkerja sebagai freelance tapi kajinya cukup lumayan. Dari belum kawen smpai sekarang saya belajah dlm jurusan pelancongan dan masih berkerja dlm bidang yang sama jadi seperti biasa weekend saya harus berkerja manakala suami belaja dlm jurusan pegurus keselamatan kebakaran dan berkerja ikut masa sendiri. Uruskan income suami serah semua kepada saya untuk saya uruskan dan berbayar elok. Melancong setiap tahun tu mmg kemestian konon utk release stres.
Suami selalu membantu buat kerja rumah, Kemas rmh dan iron baju semua suami yg buat kerana dia kerja ikut masa sendiri dan dia mahu ringkan tugas saya. Kecuali masak sbb dia tak reti so saya yg masak and saya pun enjoy memasak dan cuci baju adalah tugas saya juga. Ok apa yg sy kureng puas hati ialah suami tidak memberi nafkah bat*n selama perkhawinan kami. suami seolah olah tidak ade n*fsu dgn saye. bile saye tanye, die ckp die seperti tidak bern*fsu dgn saye. bayangkan kami tak pernah bersama selama 3 tahun selama kami bergelar suami isteri antare alasan yg die pernah bagi pade sy die ckp dia tak bern*fsu dgn saya entah kenapa, tapi dia amat sayangi saya.
3 tahun kawen saya rasa terluke tak dengan alasan dia tu kami da banyak sangat begaduh pasal hal ni.. bayangkan, saye serumah, tido sekatil, makan semeje. perasaan saya rasa macam die cume housemate saya tak mcm suami isteri. saya pon manusia, bern*fsu dan nakkan zuriat. setiap kali gaduh, isu ini adelah sgt sensitif utk suami. da banyak kali suami berjanji setiap kali selepas bgaduh dari awal perkhawinan utk merawat masalh ini..tapi tak pernah di lakukan. suami langsung mengabaikan masalah ni. Saye penah ckp pd suami, masalah ni banyak menyebabkan pasangan suami isteri bcerai.
Saya masih sygkan rumahtangga ni…pendapat saya, kalo suami sayangkan rumahtangga ni, die mesti selesaikan masalah ni. bukan abaikan masalh ini then janji akan pergi berubat tapi hanya janji sahaja, den janji lagi dan seterusnye buat kali keberape ratus kali. Bayangkan la biarpun seharian kami bertemu diwaktu malam setelah penat berkerja bagi saya jiwanya dan dirinya tidak bersama saya. Terlalu banyak kali, saya cuba membuat langkah pertama seperti mendakapnya, merancang percutian di luar negara atau pun percutian di dalam negeri tetapi saya diusirnya dengan alasan dia tidak ada n*fsu terhadap saya. Betapa saya amat tersinggung dengan sikapnya itu. Apakah hak saya sebagai seorang isteri disisinya? Jiwa saya begitu sebak sekali dan saya rasa putus ase sangat utk perjuang kan dalam rumah tangga saya ini.
Tapi sikap suami yang saya suka dia memang rajin dan cukupkan segala keperluan saya. Duit potongan isteri dia beri setiap bulan. Duit setiap bulan dan segala perbelanjaan ditanggungnya manakala semua kaji saya di buat untuk saving sahaja. Awalnya kami merancang untuk tiada anak untuk 1 tahun tetapi saya berubah fikiran saya inginkn anak kerana itu naluri seorang wanita kan. Saya dah malas nk bincang hal ni. Kalau bincang dia kata salah dia tapi tak de usaha langsung dari pihak dia. So saya lebih banyak diamkn diri. Saya dah mula fikir bukan2 mybe dia ada perempuan lain tapi tiap malam dia dirumah. Hujung minggu kami jalan2. Kalau dia nk kemana2 dia rajin bawak saya, dan dia rajin bawa saya melancong baru2 ini jugak kita ke dubai dan ke negara negara south east asia so bila nya dia nk curang entah la wallahualam.
Hp dia pulak dia selalu bagi saya check . Selalu kalau melancong kita hanya habiskn masa bersama sahaja. Tapi saya yakin suami saya bukan lah mati pucuk cuma dia tak nak bersama dengan saya tapi kalau bermesra2 di katil dan mandi bersama2 selalu kita lakukan waktu pergi percutian dan di rumah, cuma itu la kalau nak bersama saja memang dia tolak bulat2 entah kenapa.. Bila saya tanya dia kata dia sendiri tak tahu jawapannya kenapa dia tak bern*fsu dengan saya. Skrg saya sendiri buntu, tercari2 dimana punca segalanya ni. Saya tahu dia bukan sengaja dayus tapi sampai bila dia nak siksa emosi saya mcm ni.




