Assalamualaikum sekadar nak berkongsi, saya 26 tahun dan suami saya 28 tahun.. usia perkahwinan kami baru saja 5 bulan.. kami becinta selepas kahwin.. orang selalu cakap becinta selepas kahwin lagi sweet dari becinta sebelum kahwin bukan? Itu orang yang cakap tapi tidak bagi saya yang menlaluinya.. kami duduk berasingan atas alasan tak sama tampat kerja, saya di sandakan dan suami di KK, kami berjumpa hanya 2 3 minggu sekali saja.
setiap kali kami kami berjumpa saya merasakan suami saya hanya sekadar melepaskan rindunya seketika saja setelah selesai saya lalu tidak dihiraukannya, sama juga bila kami berjauhan suami memang tidak pernah menghiraukan saya, kami dekat mahupun jauh suami tetap tiada perhatian untuk saya..
kadang2 saya terfikir apalah ertinya perkahwinan ini? Kenapa dia memilih untuk menikahi saya? Jika tiada perasaan cinta dihatinya.. saya tidak nafikan bahwa suami saya juga selalu mengucapkan i love u kat saya, akan tetapi itu hanyalah sekadar kata2 yang keluar dari mulutnya saja bukan yang lahir dari hatinya..
kadang2 saya merasakan perkahwinan ini hanyalah sia2 saja, kerana diantara kami tiada kesefahaman dan keserasian, atau mungkin kah ini salah saya kerana terlalu menharapkan kebahagian didalam rumah tangga kami yang masih lagi jauh perjalananya..
apa yang harus saya lakukan??? Sampai bila kah saya harus besabar dan terus besabar diawal perkahwinan kami saya sudah merasakan tiada kebahagian diantara kami.. inikan pula dimasa akan datang kami nanti..
Jadi kesimpulannya ini adalah pengajaran buat yang diluar sana.. jangan pernah memilih untuk bercinta selepas kahwin kerana bagi saya yang telah melaluinya ini sangat sukar untuk saya menemukan kebahagian cinta didalam rumah tangga.. yang berlandaskan hanya sekadar kenal tapi tidak mengenali hati budi masing-masing..




