Hi admin tolong rahsiakan identiti saya.
salam warga krt saya nak meluahkan perasaan saya kat sini. Macam ni saya dah kahwin dan mengandung sekarang 8 bulan. saya tak berkerja saya cuma buat berniaga online adala dalam sebulan boleh dapat rm3000 lebih macam tu saya pernah nak berkerja suami tak bagi dia cakap duduk rumah je buat niaga.Okay lah saya pun hormati keputusan dia.
Suami saya memang seorang setia, jujur dan penyayang. Selama kami kahwin tak pernah lagi dia menjerit atau tinggi suara. Memang saya tak nafikan dia seorang yang baik. Tolong saya buat kje rumah,
Suami saya kerja gaji rm1300. Alhamdulillah bagi saya itu jugak satu rezeki. Saya tak merungut, tak pernah lagi kata gaji dia kecik, Selama kami kahwin, saya tak pernah lagi ada wallet sendiri, kita share wallet. Kadang teringin jugak nak pegang ada wallet sendiri. Tapi, suami pernah cakap tak payah lah kita share je. saya pun ikut jugak kehendak suami. Atas dasar ikhlas dan saya hormat dia. Tapi dia tak pernah lagi bagi saya nakfah duit dari segi beli barang barang saya. setiap kali saya nak beli barang saya, saya cuma guna duit saya sendiri. Beli barang baby, pakaian, semua saya yang beli. Saya selalu cakap nak beli barang baby nanti. Dia akan cakap tunggu gaji, tapi bila gaji tak pun beli beli. saya akan diam jugak.
Beli barang dapur pun guna duit saya,beli makanan harian pun duit saya,beli barang keperluan mandi pokok pangkal nya semua saya.dia cuma bayar rumah sewa je.Tapi baru ni dia ada cakap buat sale lebih sikit backup saya bayar rumah,gaji tak cukup bulan ni. saya pun iyekan je. Tapi dalam masa yang sama saya kene fikir jugak nak sediakan kelengkapan bersalin saya, pantang saya, keperluan dapur pun saya.Kadang dia tanya hari ni ade duit masuk tak? Dulu sebelum kahwin, saya selalu beli barang keperluan saya, shopping barang saya. selepas kahwin saya nak beli perfume pun kadang saya terfikir, nanti je la beli. Sebab penting lagi untuk beli barang dapur.
Kadang saya sedih, menangis sendiri bila dia keje. saya rasa macam saya sebenarnya jadi suami, saya jugak isteri. bukan saya rasa tak ikhlas. saya ikhlas tapi saya teringin jugak nak guna duit dia untuk beli keperluan saya. Dia tak pernah lagi bagi saya duit nafkah selama kami berkahwin. Walau pun saya tak pernah minta duit kat dia. Cuma salahke dia bagi saya duit walau rm50 pun saya akan terima. Sebab saya nak merasa duit dari dia itu je sebenarnya. Terima kasih warga KRT sudi membaca luahan hati saya.