Assalamualaikum. Min tolong hide profile aku ya, and thaks min dah post cite aku ni. Aku ni bukan seorang manusia yang sangat penyabar, tapi bila dah tolak ansur rasa macam ehhhh semua aku ke? Aku dah berkahwin belum ada anak, sebelum pindah ikut suami aku gadaikan kereta aku (nasib aku masih ada moto atlest takda la pening nak bergerak), aku gadaikan kereta aku sebab aku tau suami aku ni memang tak mampu nak “TOLONG” bayar kereta moto aku sampailah aku dapat kerja lain.
Ikutkan aku taknak pindah, taknak pun resign tapi yela sebab aku ikut sangat cakap orang “isteri yang baik kat sisi suami” konon aku ni nak jadi isteri yang baik aku pun pindah la ikut suami. Berbulan bulan berlalu, sepanjang berbulan baru sekali laki aku ni bagi nafkah kat aku, ok la aku cuba faham yang dia tu nak bayar kereta mak dia (dia ada kereta tapi rosak so dia guna kereta mak) then ptptn dengan entah la ape je dia bayar aku pun pelik la.
Aku sedia maklum gaji dia hanya 2k sahaja lepas tolak apf socso apa tu semua. ok la bab gaji dia malas la nak cakap, yang buat aku rasa macam “whatttt, apa doh function kau???!!!!” , aku ajak dia keluar lepas tu dia kata bawak mak dengan adik dia, so aku okkan jela… sampai shopping mall ni nak jadikan cerita la kennnn, dah makan apa semua ok la aku tau memang aku kena bayar sebab awal2 sampai shopping mall tu je laki aku dah cakap yang beg duit dia tertinggal.
Then tiba masa nak bayar aku takda cash kedai tu pulak tak boleh swap card bank, makanya aku pun turunlah pergi cari atm nak draw some of money untuk bayar duit makan tu, ok sampai je aku kata kedai tu dia kata takpa adik (ni adik dia) dah bayarkan dulu (dah byrkan dulu means memang kena ganti lah kan?? ke aku salah?). Ok skip. aku tanya mana resit sebab dalam otak aku fikir oh mungkin nanti sampai rumah laki aku ni nak bayar la kot,
Ehhhh tengok lagat dia ok tau sangat aku yang kena bayar balik duit yang adik ipar aku dah dulukan tu. Ok sokey la bab makan takda masalah. yang jadi masalah sekarang ni dala kau tak bagi aku duit bulan2, weiii gaji aku 1500 pun tak sampai tau, aku nak bayar bil fon aku, nak bayar moto aku, barang2 keperluan aku, coli spenda aku semua aku beli sendiri la hannat!! Otak kau mana wei, orang nak kahwin kau pun nak kahwin tapi ehhh malas la aku nak cakap.
Aku bajet ngam2 ok keluar berdua pergi makan kat kedai tu sebab hampir 1 bulan aku mengidam tapi sebab gaji aku asek ngan2 je aku pospond sampai la bulan ni baru dapat makan, tup2 kena bayar untuk 4 orang, ok 100 melayang dari aku bajet rm50 je untuk kita keluar dah jadi double.
Aku redha habis dah wei. Ok lupakan bab makan dan duit tu, harini aku halfday al maklum la sabtu kan, memang jadi rutin aku tiap sabtu balik awal memang aku akan kemas rumah tapi minggu lepas tak sempat nak mengemas sebab aku baru gaji and aku planning buat bakar2.
Sebab aku yang planning so aku jugaklah yang keluar duit dari tempat bakar sampai la ehhh segala jenis benda la duit aku. Ok back to story. Aku balik kerje dengan lapar rumah bersepah la hoii, tak boleh ke sebelum keluar rumah korang makesure rumah tu bersih? Baru 1 minggu aku skip tak kemas rumah minggu ni bersihkan dengan dapur tempat sampah tu sampai berlumut lahai pelik lah aku, terus aku ws laki aku cakap “terima kasih sebab sediakan tempat tinggal yang sangat2 selesa”, aku dah tahap menyesal wei.
Dulu pernah aku nak cancel nikah tapi laki aku ni kata family semua dah sampai majlis tinggal esok teruskan jela, ok aku teruskan jugak majlis nikah kat masjid tu takda sanding2 ok, konon aku ni nak save duit dia untuk lepas kahwin ehhh rupa rupanya haihhhh. Dulu aku tak setuju dengan laki aku ni nak benti kerja and duduk dengan dia, dan bersungguh dia yakinkan aku dia mampu tanggung aku.
Ok la memang la dia ada cakap inshaAllah, tp inshaAllah tu bukan lesen untuk kau ok kita hidup la dengan apa adanya, kau ingat ni zaman apa???
Barang dapur kau tak beli aku kadang2 balik kerja lapar wei nak masak apa pun aku tak tahu. Memang la kat peti tu ada je sayur tapi tu bapak mertua aku yang beli utuk anak dia yang bujang lagi tu dgn bini dia, aku ni tanggungjawab kau bukan bapak kau harom jadah. haihhhh aku dah tak sanggup, orang kata sabar baru2 memang diuji keuwangan, ni hukan keuwangan je emosi aku ni terganggu woi terganggu!




