Salam min.mohon siarkan soalan saya ni.saya seorang isteri, bekerjaya, anak 4, suami pun bekerjaya. kisah silam kami dulu penuh noda. Saya juga pernah curang padanya, tapi mungkin dah jodoh kami berkahwin. suami juga sama, pernah tidur dengan wanita lain setelah tahu saya curang ats alasan balas dendam. Lepas kahwin, saya bertaubat pd Allah, saya kembali ke jalan Allah, segala bentuk hal dosa saya tinggalkan. Namun suami seperti tidak mempercayai saya. seolah dia merasakan saya sentiasa ada lelaki lain sedangkan telefon saya tak pernah sorok, tiada password.
Sepanjang perkahwinan ni kali ke 3 suami skandal dengan wanita lain alasan suami, dia tak.boleh nak percaya pada saya, walaupun saya berubah, walau sekecil2 silap saya dia akan ungkit kisah sebelum kawin. dan sekarang dia jumpa wanita yang dia rasa jujur dan boleh dipercayai. suami rasa dengan wanita dia sangat bahagia sebab wanita ini bukan macam saya suka menipu. saya sangat sayagkan rumah tangga ini, jika boleh tidak mahu berpisah namun saat ni suami sudah jumpa wanita yang menepati ciri yang dia suka, cukup semua hal, bab agama, bab bercakap, sikap. lain dari saya. saya rasa sangat rendah diri. suami saya bagitahu, dio sayangkan wanita ini lebih dari saya.
masalah nya jika dia tak mampu terima saya dari awal lagi kenapa merayu untuk teruskan perkahwinan dengan saya walaupun pada ketika itu dia sudah jumpa pilihan hati? saya kini sengsara. hidup dengan insan yang tak sayang pada saya, tak percaya pada saya, tidak berjuang untuk saya. saya hanya melihat suami dan pasangan nya keluar bersama2, berkongsi masalah bersama2. Tanpa hiraukan perasaan saya. wanita itu tahu suami dah berkahwin dan mempunyai anak dan suami mengatakan wanita itu baik sebab tidak pernah menyuruh suami ceraikan saya tapi di belakang saya mereka adalah pasangan kekasih paling bahagia.
Apakah tidak ckup lagi pengorbanan saya selama ini?adakah Allah sedang uji saya,untuk sucikan dosa saya yang lalu?saya isteri tetapi hanyalah pada nama. Badan saya penuh kesan lecur kerana suami pernah bakar saya dahulu secara tak sengaja dan saya tanggung cacat pada sebahagian badan saya hingga kini. suami selalu bagitahu, semua ni punca dari saya sebab silap saya pernah curang padanya sebelum kahwin. apalah nasib saya.. apa perlu saya lakukan




