Apa pendapat korang kat perempuan yang sudah berkahwin selama 3 tahun, tetapi masih ada dare (mengelak untuk ditiduri oleh suami)? Ok, ceritanya macam ni, aku dan suami masing2 bekerja tetap. Kahwin atas dasar suka sama suka. Tapi, aku mengelak untuk disentuh oleh suami semenjak malam pertama sebab aku belum bersedia. Aku malu yang teramat dan aku belum bersedia untuk hamil. Puas suami aku pujuk dan aku rasa gagal menjadi isteri yang baik.
Pernah dia dingin dengan aku selama seminggu then kami berbaik semula sebab dia masih sayangkan aku. Setakat ni, hubungan kami masih ok. Berborak, peluk cium macam biasa tapi tak pernah lebih dari tu. Aku pernah stalk phone suami dgn harapan dia tak berlaku curang. Alhamdulillah, takda apa2 yang mencurigakan. Tapi aku masih ragu2 dan aku usahakan macam2 supaya dia faham. Pendapat korang, dlm situasi ni,masih ada kebarangkalian tak utk suami aku setia? Aku sayangkan dia wei.




