Hi min… assalamualaikum..
Ceritanya macam ni.. saya dah tersuka kat sorang lelaki india.. kenal dah lama, lebih 4 tahun.. kenal pun sebab dia ni doktor yang merawat saya asalnya.. masa tu saya sakit teruk juga lah, sampai 6 hari warded.. setiap kali saya sakit memang saya akan ke hospital tu dan jumpa dia untuk dapatkan rawatan.. alhamdulillah lepas 2 tahun, saya pulih sepenuhnya..
Awal tahun aritu tiba2 saya pengsan dan dihantar ke hospital tu kebetulan dia yang ambil kes saya sebab sejarah rawatan sebelum ni dengan dia.. saya warded 4hari.. sepanjang warded tu, cam biasa dia datang pagi n petang untuk sesi rawatan.. yang luar biasanya hari ke2 saya kat situ, after office hour dia datang lagi siap bawakn fruits basket sebagai hadiah.. esoknya, petang tu dia datang lagi bawa makanan.. saya macam pelik lah juga.. tapi buat biasa je walaupun hati ni berbunga2.. crush bagi hadiah, sape tak suka kan?? Hehe
Sejak tu kami mula rapat dan jadi macam kawan lepas discharge tu, kami banyak berhubung melalui call dan whatsapp.. jumpa secara berdepan baru beberapa kali.. biasanya perbualan kami banyak menyentuh tentang islam, memang nampak yang dia ni dalam proses mengenali agama kita.. apa yang dia baca tapi tak paham, dia akan tanya n saya jawab lah apa yang saya tahu..
Nak dijadikan cerita, aritu masa jumpa dia berterus terang yang dia ada hati kat saya n nak saya jadi isteri dia.. kalau saya setuju, dia akan segera ke pejabat agama untuk convert.. Sejujurnya hati saya ni memang dah ‘tersuka’ dan sayang sangat kat dia.. tapi tak tahu camne nak inform parents saya, takut mereka tak setuju sebab faktor agama dan bangsa lagipun saya isteri orang. Dan suami saya baik..



