Salam min…
Bertahun saya pendam dan hari ini rasa nak meluahkan disini. 5 tahun saya menanti kehadiran zuriat sendiri. Alhamdulillah suami tidak memaksa dan faham dengan keadaan saya. Bukan saya tidak mahu malah jika boleh ditukar dgn Wang ringgit sanggup saya berikan semua nya asalkan saya punyai zuriat untuk suami dan puaskan hati semua.
Suami seorang engineer, gajinya memang agak lumayan. Ank tunggal lelaki dalam keluarga. Saya pula baru sahaja berhenti kerja kerana ingin fokus pada rawatan kesuburan yang sedang kami usahakan. Tanpa pengetahuan mertua atas permintaan suami kerana dia tidak mahu kluarganya tahu saya sebenarnya punca kami masih tidak punyai zuriat kerana tidak subur.
Baru2 ni saya btl2 terasa dengan tindakkan mertua saya. Selama ini hubungan saya dengan ipar duai dan biras rapat sangat kerana saya tidak pernah berkira dengan anak2 mereka dan layan seperti anak sendiri.
Petang raya haji lepas, saya kopek lemang. Kebetulan lemang tu tinggal sebatang sahaja tiba2 mertua saya melarang kerana nak simpankan untuk Adik ipar saya yang sedang mengandung sulong anak pertama. Saya ok jer sebab faham. Bila tiba masa nak makan tu, ipar saya ajak mkn sekali. Tiba mak mertua saya larang dengan ayat.
“Eh tak usah. Akk kau tu boleh beli lain. Kau tu baru lagi. X elok kongsi makan dengan dia…” Ayatnya mati disitu. Kenapa? Hina sangat ke saya yg blm punya anak. Saya ajk suami blk rmh Mak saya. Tp di rmh mak saya sekali lagi saya terkecil hati. Boleh pulak mak saya kata. “Tgk org ank ramai dpt byk duit raya. Kau memberi jer la tiap2 tahun. Duit byk pun x guna ank xda.” Allah… Kenapa saya seorang jer nk kena hadap kata2 mereka. Peliknya depan suami xda la pulak mereka kluar kan kata2 mcmtu… Maaf ya klu luahan saya terlalu panjang