Saya tak pandai sangat nak bercerita tapi ini sekadar perkongsian. Pertama kali saya menulis dalam ruang nie. Kita nie as wife, selalu tekankan nafkah dalam bentuk DUIT kan? Mungkin orang akan cakap saya bod0h bagi muka pada suami. Tapi kita isteri je yang paham tahap kemampuan suami. Saya baru 5 tahun berumahtangga. Suami kerja biasa-biasa ja. Saya surirumah. kami ada 2 orang anak lelaki hasil perkongsian hidup selama 5 tahun nie. Umur kami sama. 28 tahun.
Awal perkahwinan, kami sangat sesak. Saya rasa semua pasangan pun akan lalui keadaan nie. Kami Selalu ja persoal kenapa asyik tak cukup. Saya surirumah yang suami memang jarang sangat² bagi nafkah. Maksud nya dalam bentuk duit tu. Tapi segala keperluan saya n anak², alhamdulillah cukup. Tak pernah berlapar. Tak pernah pakai pakaian koyak. Barang dapur tak pernah kering kontang. Pendek kata semua keperluan rumah terjaga. Dia lebih teliti bila ada keperluan yang dah habis. Contoh beras ke, barang basah dalam freeze ke. Dia akan cek. Esok nya dia akan bawak balik je ayam, ikan, telur.
Awal² perkahwinan saya simpan juga perasaan tak puas hati bila suami takda hulur duit nafkah kat saya tapi bila dh bertahun dan selalu terbaca article rezeki suami ada kaitan dengan perasaan dan layanan pada isteri. Start pada tu saya mula berlapang dada tentang duit nie. Dalam hati selalu doa “ya Allah. Aku redha dengan segala rezeki mu. Jangan lah kau sekat rezeki suami ku untuk keluarga kecil kami”
Awal kawin, suami bukan la jenis rajin membantu. Balik kerja, terkangkang kat ruang tamu tidur. Pinggan sebijik pun tak basuh kalau makan. Tapi saya jenis yang suka berterus terang. Saya mintak dia tolong apa yang patut. Saya cakap kalau nak ikut letih, saya lagi letih sebab kerja rumah tak pernah habis. Saya pulak alah teruk masa anak pertama sampai kandungan 6 bulan jugak. Haaaa, kat sini la turning point nya. Semua benda dia take over. Dia basuh baju. Dia masak.
Dia kemas rumah. Sampai sekarang nie suami saya jadi jenis yang ringan tulang. Alhamdulillah. Rajin kemas. Kadang² dia balik kerja, banyak pinggan mangkuk dalam sinki, dia tolong basuh kan. Paling pantang dia, kuali berkerak. Bahagian dalam ke, bontot ke, memang dia akan sental. Dia urus anak². Saya bersyukur sangat. Ini jugak salah 1 sebab kenapa saya mampu berlapang dada bab tak hulur duit kat saya tu.
Dia memang tak hulur duit kat saya, tapi apa saya nak, dia akan cuba usahakan. Tapi dia yg belikan. Bukan hulurkan duit, then saya yang beli. Haaaa, macam tu. Tapi saya pun bukan la mintak sesuatu yg harga ratus². Nak mintak beli baju harga 100 kebawah pun kdg² saya takut. Saya takut suami tak mampu.
Masuk tahun ke-4, ke-5 nie, nampak sangat perubahan dalam keluarga kami. Rezeki tak pernah putus. Dia selalu bawa saya dan anak² berjalan. Cakap je nak ke mana. Dia siap cakap cari la tempat nak bercuti ke mana. Nanti dia book kan hotel. Sekarang dah mampu beli product kecantikan untuk saya. Yang mahal pulak tu. Set mary kay tu. Kadang² kalau pegi shopping, dia akan mintak dukung anak yg kecik, n pegang tanga anak yg besar. Dia akan suruh saya pilih apa yg saya nak. Alhamdulillah. Bersyukur sangat².
Saya selalu pesan. Bila Allah dh bagi rezeki kat kita tak putus, jangan la kita lupa Allah pulak. Suami senyum n ngangguk Allahu. Sebenarnya Allah tu adil. Dengar rintihan kita. Suami isteri perlu saling melengkapi. Bukan la masing² expact pasangan jadi sesempurna yang mungkin. Sebab kata orang kesempurnaan tu tak wujud. Kita yang kena create. Bagi saya, asal semua perkara terjaga, kita dah tak payah la pikir lagi kalau suami tak bagi nafkah dalam bentuk duit. Kita isteri, jangan la terlampau expact yang lebih bila kita sendiri tau keadaan kewangan keluarga kita. Terima kasih atas segalanya suamiku.




