Salam KRT.. Terima kasih admin kerana memberi peluang kepada saya untuk menulis di sini.Mohon dirahsiakan identiti saya ye. Saya pernah meluahkan kisah saya disini beberapa tahun yang lalu dimana isteri saya telah curang dibelakang saya bermain kayu tiga dan sehigga ke hari ini saya masih lagi single setelah 5 tahun berpisah disamping menjaga 3 orang anak yang masih bersekolah.
Saya sanggup korbankan kehidupan berkeluarga dan nafsu saya demi menjaga anak2 dan masih lagi istiqamah mendidik ank2 seorang diri kerana saya risau jika saya berkahwin lain,saya mungkin akan cuai dlm melaksanakan tanggjawab saya sebagai seorang ayah. Mungkin saya tidak dapat berlaku adil lagi kepada anak2 dengan menumpukan lebih perhatian kpd isteri baru termasuk pemberian nafkah.
Cuma yang menyebabkan saya sedikit terkilan adalah kerana bekas isteri saya tidak pernah membantu dari segi kewangan walaupun sedikit. Semuanya diletakkan atas bahu saya seorang. Saya sedar, dari segi agama Islam sememangnya saya yang bertggjwb penuh memberi nafkah untuk ank2 selepas berpisah wpun punca penceraian itu dtgnya dari bekas isteri saya namun gaji saya juga bukanlah besar. Jika dia menghulurkan sebulan RM100 pun saya terima untuk 3 orang ank saya.
Selalu kita dipaparkan dengan kisah bapa yang tidak bertggjwb selepas bercerai tetapi bagi saya ianya sudah terbalik.
Tapi walau macam mana sekalipun saya perlu tetap menjalankan kewajipan saya sbg seorang ayah.Cuma saya sekadar ingin berkongsi luahan dan mungkin ada sebarang nasihat dan pendapat yang boleh saya terima dari sahabat2 KRT di sini.Sekian…




