salam admin.. mohon hidekan nama saya ya. saya bisneswoman, dah berkahwin dan ada anak berusia 5 bulan.. suami keja gov. sebenarnya kisah yang saya nk ceritakan ni jadi waktu saya dalam berpantang. saya dan suami sebelumm ni pjj.. dari awal berkahwin sampai selepas melahirkan kami pjj, mungkin belum rezki untuk kami tamatkan pjj. banyak kali juga merungut untuk stay sekali sebab tak nak ada benda2 yang tak elok jadi pada rumahtgga kami. sebenarnya kami dah berusaha cari rumah sewa di kawasan tempt keja suami tapi susah untuk dapatkan rumah sewa di area sana..
kisahnya macam ni.. selepas saya melahirkan, saya dapat tahu suami ada perempuan lain. dah dah terlanjur beberapa kali. saya sebagai isteri yang baru melahirkan sangat2 terkesan bila suami curang di belakang saya, sedangkan waktu saya mengandungkan zuriat dia saya berhempas pulas mencari rezki di merata tempat.. gaji suami hampir 3k tapi bila potong itu ini, tinggai bersih 1.4k je.
Dia sebenarnya suami yang baik nafkah tak penah culas bahkan selalu bagi nafkah pada saya lebih dari duit di tangan dia dan kalau ada duit lebih dia tak penah berkira utk bawak saya dan anak pergi jalan2… tapi saya dapat tahu dia curang dan terlanjur cukup2 sakitkan hati saya sebab spanjang kami pjj saya letak kepercayaan sepenuhnya pada dia dan aggap dia suami yang setia.
Bila perempuan tu whatsap dan sent gambar mereka keluar berdua, hancur hati saya min.. perempuan tu mntak saya bagi tahu suami untuk suami lepaskan saya sebab dia dah terlalu sayangkan suami saya dan terlalu sayangkan hubungan mereka yang dah setahun lebih dibina. boleh bayang tak macam mana hancurnya hati saya? saya sendiri mnta suami lepaskan saya tapi suami tak nak sebab syangkan isteri dan anak katanya..
kedua orang tua saya dah tahu hal ni dan diorang minta saya buat keputusan terbaik untuk saya dan anak. kawan2 pun dah tahu hal ni, tapi pasal terlanjur saya tak bagi tahu mereka sebab tak nak diorang pandang buruk pada suami dan perempuan tu. Cuma mereka nasihatkan saya untuk pertahankan rumahtgga dan jangan biar anak saya membesar tanpa ayah.
Saya cuba MEMBERI PELUANG dan menutup rasa sakit kt hati ni, rezeki menyebelahi bila kami dpt rumah sewa berdekatan tmpt kerja suami. dan waktu ni saya belajar untuk CUBA MEMAAFKAN. saya ikot suami berpindah ke rumah sewa kami. saya tinggalkan bisnes pada staff sepenuhnya. saya nampak yang dia cuba untuk mendapatkan kepercayaan saya semula sebab selepas apa yang jadi, saya sangat2 susah nak percayakan dia ..dia cakap dia gi keja pun saya dah simpan syak wasangka buruk, tmbh2 kalau dia balik lewat sejam dua ke.
sejak kami stay sekali, saya nampak yang dia seorang suami yang bertanggungjawab. kerja rumah dia tak penah berkira. dia tolong kemas umah, basuh baju dan sidai baju. dia cuma minta saya jaga anak dan masak je. Cumanya bila wktu bersama saya selalu teringat tentamg suami terlanjur dengan perempuan tu.
kat sini saya nak minta pendapat wrga krt, adakah apa yang jadi ni saya nak kena aaggap sebagai ujian dalam rumahtgga saya atau tak perlu maafkan suami atas kesilapan dia? minta sangat2 bawang2 vangers jangan nak tumis bawang kat sini untuk downkan lagi semangt saya . thanks