Assalamualaikum KRT. Tak pernah terlintas dlm fikiran saya nak post dkt sini. Biasa jadi pembaca je. Saya nak tanya pendapat netizen. Saya ada masalah besar dalam keluarga saya. Dah beberapa bulan Mak saya meningg@l. Arwah mak ada tinggalkan barang kemas untum kami adik beradik. Nak dijadikan cerita, barang kemas tu kami letak dekat rumah dekat kampung, simpan elok2 dalam bilik. Kami tak bawak barang kemas tu sebab tinggal rumah sewa lain dkt bandar. Rumah sewa tu pun tak selamat sangat dan kami tak gemar pakai barang kemas. Dekat rumah tinggal bapak kami sorang je. Kami memang pesan sentiasa kunci bilik kami sebab ada barang kemas dalam tu.
Cerita mula dekat sini, bapak saya ni gatal nak berbini baru. Habis semua barang kemas kami disorok, dia kata dia simpan. Tapi kami syak dia dah bagi dekat betine yang dia suka tu. Betine tu jiran kami. Betine tu pulak masih isteri orang tapi bergantung tak bertali. Suami betine tu tinggalkan dia macam tu je. Wajar ke orang yang waras sanggup pinjam dan tipu duit anak2 untuk bagi dekat betine macam tu?
Bapak kami tu bukannya berduit. Duit pencen pun cukup2 makan untuk dia sorang. Sanggup meminjam nak bagi dekat perempuan tu. Dia sanggup menipu kami, kata nak guna duit nak isi minyak moto lah, duit hilang lah, kata nak bayar bil lah.. Padahal setiap bulan kami adik beradik gilir2 bagi duit. Ingatkan untuk kegunaan harian dia. Rupanya.. Kami syak bapak kami ni dah kena guna2/sihir dengan betine tu. Betine tu memang orang kata dia mata duitan dan guna ilmu tak baik. Astaghfirullahaladzim ada ke orang normal bercinta sampai bergadai harta anak2 dia untuk bagi dekat betine tu Kami sebagai anak2 tak kisah kalau dia nak berbini baru. Tapi agak2 lah nak cari bini betina macam tu.. Ingat muda lagi ke? Kubur pun dah memanggil2.
Sejak mak kami meningg@l, bapak memang tinggal sorang, sekali sekala datang tinggal sekali dengan kami. Tapi dia sendiri yang tak tahan tinggal lama2 dengan kami. Jangan kata kami abaikan dia. Baru2 ni kami balik kampung dan baru sedar yang barang kemas dah tak ada. Mula2 kami syak kena curi sebab pintu selalu tak berkunci. Tapi yang hairan barang lain tak hilang. Rumah pun takda tanda2 kena pecah masuk. Tanya bapak, dia pun tak tau yang barang tu dalam bilik. Itu penipuan dia yang pertama. Cari punya cari memang tak jumpa. Tanya lagi dekat bapak, dia mengaku dia cuai sebab tak kunci pintu. Penipuan ke 2. Kami tekad nak report polis barang kami kena curi. Boleh pulak dia sampai balai dulu dari kami. Dia kata kat polis dia yang simpan. Terkejut kami sampai balai bila dia cakap macam tu. Tadi dekat rumah cakap lain. Kami tak jadi nak buat report.
Bila tanya dekat bapak mana barang kemas? Dia kata dia simpan. Penipuan ketiga. Saya tanya lagi, dia masih kata dia simpan dan marah2. Saya betul2 tak puas hati dia ambil hak kami adik beradik. Nak bawak pergi kes polis pun susah jugak sebab dia bapak kami dan tak ada hitam putih barang kemas tu milik kami adik beradik. Tapi dah memang milik kami pun barang kemas tu. Arwak Mak saya yang punya.. Mana ada lelaki pakai barang kemas. Bukan sikit, tapi banyak kot. Sedih sangat sebab tu tinggalan arwah Mak kami untuk kami. Habis licin takda satu pun yang tinggal.
Sekarang ni buntu sgt2 sebab tak tau nak buat apa. Sebab tu saya post sini nak tanya netizen kot2 tau macam mana saya nak dapat balik barang kemas tu kalau ikut undang2. Apa yang kami usaha sekarang ni berdoa supaya bapak kami bebas dari gangguan betina tu.. Main kotor betine tu. Mintak pendapat netizen apa yang kami boleh buat. Saya tak redha barang mak kami kena ambil macam tu…




