Salam,aku harap kisah aku diterima admin untuk diasiarkan.. Aku dengan husband tak ada apa² masalah, gaduh² manja tu biasa la.. Cuma perkahwinan aku ni buat aku rasa bersalah dekat Airin roomate/housemate aku.. Airin ni sepupu husband aku,rumah diorang pun dekat satu kampung.. Airin dengan husband aku memang rapat dari kecik lagi, mana² je berdua.. Airin ni ganas macam tomboy sikit, sebab dia satu²nya perempuan dalam adik-berdaik dia berkawan pulak dengan lelaki..
Aku kenal Airin masa ting 4 sebab dia dapat sekolah asrama penuh.. Sampai masuk University sekali, sewa rumah sekali sebab kitorang buat partime kerja.. Airin ni anak yatim piatu mak ayah dia meninggal(kemalangan) lepas dia upsr.. jadi Airin and abang² dia makcik dia tolong jaga..
Airin ni ada hati dekat sepupu dia(husband aku)dari kecil lagi,tapi silapnya dia luah dekat aku, dia tak luah dekat sepupu dia tu.. dia takut nak luah sebab dia perangai lelaki.. sepupu dia pulak nak perempuan bertudung dan lemah lembut.. dan salah dia jugak sebab selalu cerita pasal kebaikan, keromantikan sepupu dia tu dekat ak.. aku ada la beberapa kali lepak dengan sepupu dia(waktu belum kawin)dan aku tersuka tanpa sengaja dekat sepupu Airin ni, dalam masa yang sama sepupu dia pun suka dekat aku..
Jadi dalam diam aku berkawan dengan sepupu Airin tanpa pengetahuan Airin, dia cuma tahu aku ada pakwe je.. tapi dia tak kenal sape pakwe aku.. 3tahun aku bercinta dalam diam, sampai buat keputusan nak kawin Airin still tak tahu yang aku nak kawin dengan sepupu dia.. sebab aku tak bertunang.. aku terus nak kawin sebab tak bertunang aku takut kantoi.. sejak aku bercinta dengan husband aku tak bagi dia jumpa Airin selalu sebab aku jeles tengok dia rapat aku ada la jugak buruk kan Airin dekat sepupu dia, tapi dah sepupu kenal dari kecik mestilah dia lagi percaya dekat Airin dari aku.. then aku cakap kalau sayang aku jumpa Airin bila terdesak je..
Lagi 1bulan aku nak kawin aku suruh sepupu Airin pergi jemput Airin sendiri ke majlis aku dengan dia.. waktu tu dia kerja sementara dekat bengkel kereta,kau bayangkan dari dalam kereta aku nampak dia happy gila dapat jumpa sepupu dia yela dalam 3tahun berapa kali je Airin jumpa dia.. sampai la husband aku bagi kad nikah, dia terkejut gila wehh.. tapi dia boleh buat selamber lagi, lepas je dia tahu aku yang nak kawin dengan sepupu dia tu dia boleh pergi jumpa aku ucap tahniah sambil suka² konon² tak caya, but aku tahu la dia kecewa gila..
Wedding aku dia sempat jadi bridesmaid tu pun sebab kena paksa, aku tahu dia terluka tapi dia boleh buat happy.. lepas seminggu aku kawin dia dah takde dekat kg.. yang aku tahu dia jual motor beli tiket flight sebab dia dapat sambung study perubatan dekat satu tempat.. sepatutnya tarikh aku nikah dia pergi dan tiket tu kerajaan tanggung.. dan dia happy masa husband aku bagi kad kawin tu dia nak husband aku orang pertama tahu..
Now dah 2tahun dia, ku lost contact dia,facebook dia deactive, WhatsApp family pun dia tak ada..aku pernah tanya abang² Airin kenapa tak add Airin dalam group rupanya dia taknak.. kalau add dia block adik beradik dia dan warning jangan bagi number dia dekat sape².. Airin cuma ada dalam group adik beradik dia je.. abang² dia cakap diorang tak tahu apa masalah dia.. husband aku sedara mara dia lagi la pelik.. cuma aku je tahu dan aku la punca dia jadi macam tu..
So patut ke aku terus terang dekat husband aku sebab husband aku sampai sekarang tak tahu yang Airin suka dia.. dan patut ke aku suruh husband aku kawin dengan Airin untuk tebus rasa bersalah aku dekat Airin..? btw sebelum aku nikah aku ada mintak maaf dekat Airin dan dia cakap aku tak buat salah apa pun,jodoh tu Allah dah tetapkan, mungkin jodoh aku Airin dengan lee min ho, takpun zul Arifin, dan jangan fikir pasal dia,aku suka Aim tu sebagai crush, aku sayang Aim sayang sebagai abang tak lebih dari tu,ko anggap yang aku story dulu main²..
Jahat ke aku? Adakah aku rampas hak orang?? bukan aku mintak untuk jatuh cinta..